UNICEF - United Nations Children’s Fund

Child receiving a vaccination from UNICEF medical staff.

Sila pilih jenis sumbangan anda

 

Dapat menyediakan vaksin campak untuk melindungi 43 orang kanak-kanak setiap bulan

Dapat menyediakan vaksin campak untuk melindungi 43 orang kanak-kanak setiap bulan

Dapat menyediakan vaksin pneumokokal untuk melindungi 84 orang kanak-kanak setiap bulan

Dapat menyediakan vaksin pneumokokal untuk melindungi 84 orang kanak-kanak setiap bulan

Dapat menyediakan 9 dos vaksin COVID-19 setiap bulan untuk mereka yang berada di dalam krisis kemanusiaan

Dapat menyediakan 9 dos vaksin COVID-19 setiap bulan untuk mereka yang berada di dalam krisis kemanusiaan

Sumbangan anda akan memberikan MASA HADAPAN YANG LEBIH BAIK untuk kesemua kanak-kanak

Sumbangan anda akan memberikan MASA HADAPAN YANG LEBIH BAIK untuk kesemua kanak-kanak
Derma sekarang
Sebagai alternatif, anda boleh

muat turun borang ini dan hantarkan ke alamat/nombor faks yang tertera di bawah. Sila pastikan semua cek dibayar kepada “UNITED NATIONS CHILDREN'S FUND".

Muat turun borang

Dapat menyediakan vaksin polio untuk melindungi 128 orang kanak-kanak

Dapat menyediakan vaksin polio untuk melindungi 128 orang kanak-kanak

Dapat menyediakan vaksin pneumokokal untuk melindungi 360 orang kanak-kanak

Dapat menyediakan vaksin pneumokokal untuk melindungi 360 orang kanak-kanak

Dapat menyediakan 55 dos vaksin COVID-19 untuk mereka yang berada di dalam krisis kemanusiaan

Dapat menyediakan 55 dos vaksin COVID-19 untuk mereka yang berada di dalam krisis kemanusiaan

Sumbangan anda akan memberikan MASA HADAPAN YANG LEBIH BAIK untuk kesemua kanak-kanak

Sumbangan anda akan memberikan MASA HADAPAN YANG LEBIH BAIK untuk kesemua kanak-kanak
Derma sekarang
Sebagai alternatif, anda boleh

muat turun borang ini dan hantarkan ke alamat/nombor faks yang tertera di bawah. Sila pastikan semua cek dibayar kepada “UNITED NATIONS CHILDREN'S FUND".

Muat turun borang
Kakitangan UNICEF membawa kotak bekalan dan vaksin untuk menyediakan keluarga dan anak-anak yang memerlukan imunisasi dan keperluan asas.

Vaksin Menyelamatkan Nyawa

Vaksin adalah selamat dan berkesan. Ia dapat melindungi kanak-kanak daripada penyakit dan kematian. Hampir 3 juta nyawa berjaya diselamatkan setiap tahun - lebih daripada lima nyawa berjaya diselamatkan setiap minit dan setiap hari.

Namun, masih terdapat 1.5 juta orang yang maut setiap tahun akibat daripada penyaki-penyakit yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin. Hampir 20 juta kanak-kanak tidak menerima vaksin yang paling asas pada tahun 2019, ini menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit berbahaya.

UNICEF telah dapat memberikan vaksin kepada hampir separuh daripada kesemua kanak-kanak di seluruh dunia. Vaksin mempuyai peranan yang sangat penting dalam menamatkan kes kematian kanak-kanak akibat daripada penyakit yang boleh dicegah.

MARI MENDERMA. Jadilah perisai pelindung untuk kanak-kanak.

Untuk beberapa generasi, vaksin telah berjaya menghalang polio, cacar dan juga demam campak daripada merebak. Tidak lama lagi, vaksin juga akan membendung penyebaran COVID-19.

#VaccineWorks

*Sumbangan berjumlah RM50 dan ke atas dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

COVID-19 telah menunjukkan bahawa nasib kita adalah saling berkait. Kita akan menghadapinya bersama, sama ada kita menang atau kalah.

VAKSIN COVID-19: BANTU MELAKAR SEJARAH

  • Vaksin COVID-19 adalah sangat penting dalam usaha untuk membendung pandemik ini pada tahap yang terkawal. Sebagai pembeli vaksin tunggal yang terbesar di dunia, UNICEF menerajui perolehan dan pembekalan vaksin COVID-19 untuk melindungi kanak-kanak yang memerlukan.
  • Kami sedang giat berusaha dalam memastikan 190 negara yang menyertai ‘COVAX Global Facility’ mempunyai akses yang saksama kepada 2 bilion dos vaksin COVID-19 menjelang akhir 2021.
  • Kanak-kanak TIDAK akan diberi keutamaan untuk vaksin COVID-19, akan tetapi ianya akan memberikan kesan yang mendalam kepada kanak-kanak sekiranya sistem kesihatan yang sedia ada tidak mampu untuk bertindak balas terhadap pandemik COVID-19.
  • BACA DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI VAKSIN COVID-19

Soalan Lazim

Apakah yang sedang berlaku di Syria?

15 Mac 2021, genap 10 tahun sejak bermulanya perang di Syria. Ia adalah perang yang paling lama dalam sejarah dunia kini dan ia mungkin juga adalah antara peperangan yang sangat kejam. Sejak bermulanya peperangan ini, kanak-kanak adalah yang paling terkesan dan ia nya telah meragut zaman kanak-kanak mereka.

Setiap kanak-kanak Syria, tidak kira di dalam Syria ataupun di luar Syria telah terjejas oleh keganasan, perpindahan, hubungan keluarga yang teruk dan kekurangan akses kepada perkhidmatan penting disebabkan oleh kemusnahan fizikal yang sangat teruk

Malnutrisi dan keurangan makanan selepas bertahun-tahun berada di dalam konflik telah diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19 dan juga kegawatan ekonomi. Masyarakat di Syria, terutamanya kanak-kanak yang terdedah, memerlukan bantuan air dan sanitasi, perkhidmatan perlindungan kanak-kanak, kesihatan, nutrisi dan sokongan pendidikan dengan kadar segera

Bagaimana kanak-kanak di Syria terjejas?

Di Syria, hampir 5 juta kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan, dengan 2.6 juta kanak-kanak terpaksa meninggalkan kediaman mereka beberapa kali dan 2.5 juta kanak-kanak melarikan diri melintasi sempadan Syria ke negara jiran dan kini hidup sebagai pelarian di kem dan penempatan tidak rasmi di Lebanon, Jordan, Iraq, Turki dan Mesir.

Beberapa kanak-kanak yang hidup telah mendapat suaka di luar wilayah tersebut. Kesan perang terhadap kehidupan kanak-kanak ini sangat mendalam. Setiap kanak-kanak Syria mempunyai kisah bagaimana perang ini memberi kesan kepada mereka. Ada yang kehilangan orang tersayang, ada yang terpaksa meninggalkan segalanya dan melarikan diri, ada yang menyaksikan orang tersayang dibunuh atau diculik dan ada yang kehilangan sekolah. Mereka terpaksa melupakn impian mereka.

Apakah yang dilakukan oleh UNICEF dalam membantu kanak-kanak di Syria?

Berjuta-juta kanak-kanak Syria memerlukan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan. UNICEF dan rakan kongsinya berada di lapangan di Syria dan di seluruh wilayah yang berusaha melindungi kanak-kanak ini dalam usaha untuk menolong mereka mengatasi kesan konflik dan meneruskan kehidupan mereka. Ini termasuk meningkatkan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan sokongan psikososial untuk membantu kanak-kanak dan penjaga mereka untuk pulih dari trauma serta memberikan bantuan kemanusiaan di kawasan yang sukar dicapai.

UNICEF bersama rakan-rakan kongsi terus memberikan bantuan termasuk alat kebersihan, air minum yang selamat, dan pemeriksaan dan rawatan kekurangan zat makanan. Untuk membantu mencegah penyebaran COVID-19, UNICEF dan rakan kongsinya telah berkongsi maklumat tentang cara-cara menghadapi pandemik ini. Baca lebih lanjut mengenai usaha UNICEF di negara ini.

What is herd immunity?

If enough people in your community are immunized against a certain disease, you can reach something called herd immunity. When this happens, diseases can’t spread easily from person to person because most people are immune. This provides a layer of protection against the disease even for those who cannot be vaccinated, such as infants.

Herd immunity also prevents outbreaks by making it difficult for the disease to spread. The disease will become more and more rare, sometimes even disappearing entirely from the community.

What is COVAX? What is UNICEF's role in the procurement and distribution of COVID-19 vaccines?

COVAX is part of a global effort aimed at accelerating the development and manufacture of COVID-19 vaccines, and to guarantee fair and equitable access around the world. No country will be safe from COVID-19 until all countries are protected. There are 190 countries and territories engaged in the COVAX Facility, which account for over 90 per cent of the world’s population. 

Through the COVAX Facility – together with Gavi, the Vaccine Alliance, WHO and CEPI – UNICEF is leveraging its unique experience as the largest single vaccine buyer in the world by working with manufacturers and partners on the procurement of COVID-19 vaccine doses, as well as freight, logistics and storage. We are also bringing the full weight of our strength in community engagement and our expansive social mobilization network to build demand and acceptance for vaccines.

Mengapa saya perlu menderma kepada UNICEF dan bagaimanakah sumbangan saya digunakan?

Sumbangan dan sokongan anda kepada UNICEF adalah sangat penting untuk membantu menyokong kanak-kanak di Malaysia dan juga di peringkat global.

UNICEF bekerja di lebih 190 negara dan wilayah untuk mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak. Apabila anda menderma kepada UNICEF, anda menyumbang kepada kesejahteraan mereka melalui program yang membantu kanak-kanak supaya mereka dapat bertahan dan melangkah ke alam dewasa, menyediakan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan.

UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia. Oleh kerana UNICEF tidak dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami bergantung sepenuhnya terhadap sumbangan tetap supaya kami terus dapat membuat perubahan positif untuk kanak-kanak di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Dengan bantuan anda, kita boleh bersama-sama dalam memperbaiki kehidupan mereka yang memerlukan.

Apabila saya menderma kepada UNICEF, adakah ia layak untuk potongan cukai di Malaysia?

Ya, apabila anda menderma kepada UNICEF, anda akan mendapat manfaat pengecualian cukai untuk jumlah derma RM50 dan ke atas, mengikut seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Malaysia.

Bagaimanakah caranya untuk saya menderma kepada UNICEF Malaysia setiap bulan?

Terdapat 3 kaedah yang boleh anda pilih untuk menderma: Melalui kad kredit, kad debit atau melalui auto-debit dari akaun Maybank (MBB).

(Nota: Kaedah derma melalui cek HANYA diterima apabila penderma lebih suka untuk TIDAK menderma melalui kad kredit atau akaun bank MBB mereka)

Bagaimanakah cara sumbangan akan ditolak setiap bulan apabila saya menderma kepada UNICEF Malaysia?

Selepas and melakukan sumbangan yang pertama kepada UNICEF, sumbangan berikutnya akan dicaj secara automatik ke kad kredit anda atau ditolak setiap bulan dari akaun bank anda. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mendermakan jumlah bulanan sebanyak RM100 pada bulan ini, sumbangan anda yang seterusnya sebanyak RM100 akan dicaj secara automatik ke akaun anda dalam masa satu bulan dari tarikh hari ini, dan untuk setiap bulan seterusnya.

Mengapakah program ini mempunyai skim derma bulanan?

Sumbangan bulanan kepada UNICEF dapat menyediakan sumber pendapatan yang stabil. Memandangkan program di dalam negara kami berlaku dalam jangka masa panjang, setiap bulan anda menderma membolehkan kami unutuk memberi tumpuan kepada pengajaran, memberi galakan dan latihan kepada komuniti setempat supaya dapat melahirkan tenaga mahir tempatan supaya dapat membantu kanak-kanak setempat. Ia juga membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada matlamat jangka panjang yang strategik dalam menyediakan penyelesaian secara kekal terhadap kesukaran berterusan yang dihadapi oleh seluruh kanak-kanak di dunia.

Oleh kerana sumbangan bulanan kepada UNICEF Malaysia diproses secara automatik, ini membantu kami dalam mengurangkan kos pentadbiran— yang membolehkan kami membelanjakan lebih banyak wang untuk program melibatkan kanak-kanak.

Bolehkah saya menbuat sumbangan sebanyak satu kali sahaja kepada UNICEF Malaysia?

Ya, anda boleh memilih untuk menderma hanya sekali dan apa sahaja jumlah dermaan sangat dihargai. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan derma bulanan kerana ia membolehkan kami untuk lebih efektif dalam merancang kerja kami yang akan datang demi kanak-kanak; ini kerana kami mengetahui bahawa terdapat dana yang mencukupi untuk melabur dalam penyelesaian jangka panjang dan memberi kesan positif kepada kanak-kanak.

Apakah yang dilakukan dengan kutipan sumbangan yang dilakukan oleh UNICEF?

Sebagai pelayan untuk kanak-kanak yang paling terdedah di dunia, kami percaya bahawasanya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menggunakan setiap Ringgit yang diterima daripada penderma kami dengan bijak. Setiap sumbangan anda kepada UNICEF digunakan secara langsung terhadap misi organisasi kami, ia termasuk termasuk perkhidmatan program dan juga melibatkan orang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Tahunan UNICEF Malaysia 2019.

Bagaimanakah UNICEF Malaysia dibiayai dan berapakah jumlah sumbangan UNICEF yang disalurkan kepada kanak-kanak?

Walaupun wujud sebagai entiti di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNICEF tidak menerima sebarang bentuk pembiayaan daripada PBB. Kesemua pembiayaan yang diterima UNICEF datang daripada sumbangan sukarela pihak kerajaan, individu swasta dan perniagaan dari seluruh dunia, serta yayasan dan orang awam.

Bagi setiap RM1 yang anda derma kepada UNICEF, kira-kira 80 sen digunakani untuk membantu menyelamatkan dan mengubah kehidupan kanak-kanak. Kami membelanjakan kira-kira 20 sen untuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan pelaburan semula.

Sumbangan anda membantu kami menyokong penyediaan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan unutuk membantu kanak-kanak di Malaysia dan juga seluruh dunia supaya mereka dapat melangkah ke alam dewasa. UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia.

Berapa lamakah saya harus komited untuk menderma?

Apabila anda menderma kepada UNICEF Malaysia, and mempunyai kawalan penuh terhadap jumlah sumbangan anda. Pada bila-bila masa, anda boleh menukar jumlah sumbangan anda. UNICEF Malaysia menggalakkan anda untuk menyumbang selagi anda boleh, ini kerana dengan cara ini anda mampu untuk mengubah kehidupan kanak-kanak.

Apa yang saya akan dapat sebagai balasan apabila saya menderma?

Anda akan sentiasa menerima maklumat terkini tentang bagaimana derma anda kepada UNICEF dibelanjakan dalam membantu kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia. Anda juga boleh menyertai aktiviti dan acara eksklusif khas unutk penderma yang dianjurkan oleh UNICEF Malaysia.

Jika anda adalah seorang penderma bulanan UNICEF, anda juga layak mendapatkan pengecualian cukai terhadap derma anda kepada UNICEF dan boleh menjangka untuk menerimanya pada suku pertama setiap tahun.

Bagi penderma satu kali, anda akan menerima resit derma daripada UNICEF untuk setiap sumbangan yang anda lakukan. Bagi setiap derma yang berjumlan RM50 dan ke atas, ia juga dikecualikan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Adakah maklumat kad kredit dan akaun bank saya akan kekal sulit?

UNICEF Malaysia mematuhi dasar yang ketat mengenai privasi penderma. Maklumat peribadi anda akan diuruskan dengan penuh kerahsiaan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Anda boleh menghubungi pasukan Donor Services di 1300 30 0010 (9:00 pagi - 5:30 petang) atau e-mel donorcare@unicef.my untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah caranya untuk saya membuat perubahan kepada jumlah derma bulanan saya kepada UNICEF?

Setiap Ringgit adalah amat bermakna buat kami dalam melaksanakan usaha penting yang kami lakukan buat semua kanak-kanak dan kami berharap anda akan terus menyokong kami. Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu menghentikan sumbangan anda kepada UNICEF, anda boleh menghubungi kami melalui butiran yang disediakan di bawah. Sila berikan masa selama 30 hari untuk penamatan auto debit, kad debit atau pengaturan kad kredit untuk berkuat kuasa. Maklumat hubungan kami adalah seperti di bawah:

UNICEF Malaysia  
United Nations Children’s Fund,
Menara PJH, Level 10, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2,
62100, Putrajaya, Malaysia.

Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Fax: +603 2093 0582
Email: enquiry-mlya@unicef.org

Adakah terdapat cara lain untuk mendaftar dan menderma kepada program derma bulanan UNICEF?

Ya, anda boleh memuat turun borang dari halaman derma di laman sesawang kami dan menyerahkannya melalui pos/faks atau ke alamat di bawah. Sila alamatkan semua cek kepada UNICEF. Anda juga boleh mendaftar sebagai penderma bulanan UNICEF melalui 'Face-to-Face Fundraising Programme'.

Maklumat hubungan kami adalah seperti di bawah:

UNICEF Malaysia
United Nations Children’s Fund,
Menara PJH, Level 10, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2,
62100, Putrajaya, Malaysia.

Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Fax: +603 2093 0582
Email: enquiry-mlya@unicef.org

Bagaimanakah caranya unutk saya mengubah alamat dan juga maklumat perbankan?

Sila maklumkan kami secepat mungkin sekiranya anda berpindah ataupun jika maklumat perbankan anda berubah. Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan e-mel apabila cuba untuk memaklumkan kami mengenai perkara ini. Sila hubungi Hotline Penderma UNICEF Malaysia di talian 1300 300 010.

Apakah terdapat cara lain untuk saya menderma kepada UNICEF?

Terdapat beberapa cara untuk anda melakukan sumbangan kepada UNICEF. Salah satunya adalah dengan memberi inspirasi kepada rakan sekeliling anda untuk menyumbang supaya kanak-kanak akan mendapat masa depan yang lebih baik. Maklumkan kepada ahli keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, rakan sekerja dan juga sesiapa sahaja yang anda kenali untuk menderma kepada UNICEF melalui platform SimplyGiving. Muat turun panduan pengumpulan dana di sini.

Selain itu, anda boleh menderma melalui 'Tribute Gift' untuk menghargai diri anda atau seseorang yang istimewa dengan meraikan acara khas eperti hari lahir, graduasi, ulang tahun perkahwinan, promosi pekerjaan, persaraan, bayi yang baru lahir dan banyak lagi.

Anda juga boleh memilih untuk menyokong usaha UNICEF dalam membina dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak dengan meninggalkan hadiah dalam wasiat anda. Pemberian 'Legacy Giving' anda boleh membantu mengubah kehidupan ramai kanak-kanak pada hari ini dan esok.

Hubungi kami

Hubungi kami

United Nations Children’s Fund Menara PJH, Level 10, No. 2,

Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2, 62100, Putrajaya, Malaysia

Donate
Complete your gift
to make a difference
I’m ready
Not today
AGENT CCBot/2.0 (https://commoncrawl.org/faq/) => IS LIGHTHOUSE: FALSE