Vaksin adalah selamat dan berkesan. Ia dapat melindungi kanak-kanak daripada penyakit dan kematian. Hampir 3 juta nyawa berjaya diselamatkan setiap tahun - lebih daripada lima nyawa berjaya diselamatkan setiap minit dan setiap hari.
Namun, masih terdapat 1.5 juta orang yang maut setiap tahun akibat daripada penyaki-penyakit yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin. Hampir 20 juta kanak-kanak tidak menerima vaksin yang paling asas pada tahun 2019, ini menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit berbahaya.
UNICEF telah dapat memberikan vaksin kepada hampir separuh daripada kesemua kanak-kanak di seluruh dunia. Vaksin mempuyai peranan yang sangat penting dalam menamatkan kes kematian kanak-kanak akibat daripada penyakit yang boleh dicegah.
MARI MENDERMA. Jadilah perisai pelindung untuk kanak-kanak.
Untuk beberapa generasi, vaksin telah berjaya menghalang polio, cacar dan juga demam campak daripada merebak. Tidak lama lagi, vaksin juga akan membendung penyebaran COVID-19.
#VaccineWorks
Vaksinasi adalah antara campur tangan kesihatan awan yang paling penting dalam sejarah. Berjuta-juta kanak-kanak dilindungi setiap tahun dari kematian dan kecacatan melalui vaksin yang selamat dan berpatutan.
UNICEF dan rakan kongsinya menyokong program imunisasi dan vaksinasi di lebih dari 100 negara untuk membantu merealisasikan hak kanak-kanak untuk terus hidup degan lebih sihat. UNICEF juga bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memperkasa program imunisasi untuk mengenal pasti dan mengutamakan kanak-kanak yang ketinggalan vaksinasi mereka.
• Imunisasi menyelamatkan nyawa kanak-kanak, tetapi hampir 20 juta kanak-kanak masih lagi tidak mendapat vaksin paling asas pada tahun 2019, menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya.
• Imunisasi adalah intervensi kesihatan anak yang paling menjimatkan. Setiap dolar yang dibelanjakan untuk imunisasi kanak-kanak menghasilkan faedah ekonomi sebanyak US $ 44. Ini termasuk penjimatan kos perubatan dan kehilangan produktiviti.
• Hari ini, 1.5 juta orang mati setiap tahun kerana tidak mendapat vaksin.
• Pada tahun 2017, satu perempat daripada semua kematian di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun adalah disebabkan oleh radang paru-paru, cirit-birit dan campak. Sebilangan besar kematian ini dapat dicegah melalui vaksinasi.
UNICEF dan rakan kongsi memanfaatkan tenaga suria, teknologi mudah alih dan telemetrik untuk mengagihkan vaksin dan memastikan vaksin selamat melalui logistik rantai sejuk. Ini adalah supaya kami dapat memastikan vaksin selamat sampai kepada semua kanak-kanak tanpa kehilangan keberkesanannya akibat daripada terdedah kepada keadaan cuaca panas atau sejuk yang melampau.
Sumbangan dan sokongan anda kepada UNICEF adalah sangat penting untuk membantu menyokong kanak-kanak di Malaysia dan juga di peringkat global.
UNICEF bekerja di lebih 190 negara dan wilayah untuk mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak. Apabila anda menderma kepada UNICEF, anda menyumbang kepada kesejahteraan mereka melalui program yang membantu kanak-kanak supaya mereka dapat bertahan dan melangkah ke alam dewasa, menyediakan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan.
UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia. Oleh kerana UNICEF tidak dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami bergantung sepenuhnya terhadap sumbangan tetap supaya kami terus dapat membuat perubahan positif untuk kanak-kanak di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Dengan bantuan anda, kita boleh bersama-sama dalam memperbaiki kehidupan mereka yang memerlukan.
Ya, apabila anda menderma kepada UNICEF, anda akan mendapat manfaat pengecualian cukai untuk jumlah derma RM50 dan ke atas, mengikut seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Malaysia.
Terdapat 3 kaedah yang boleh anda pilih untuk menderma: Melalui kad kredit, kad debit atau melalui auto-debit dari akaun Maybank (MBB).
(Nota: Kaedah derma melalui cek HANYA diterima apabila penderma lebih suka untuk TIDAK menderma melalui kad kredit atau akaun bank MBB mereka)
Selepas and melakukan sumbangan yang pertama kepada UNICEF, sumbangan berikutnya akan dicaj secara automatik ke kad kredit anda atau ditolak setiap bulan dari akaun bank anda. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mendermakan jumlah bulanan sebanyak RM100 pada bulan ini, sumbangan anda yang seterusnya sebanyak RM100 akan dicaj secara automatik ke akaun anda dalam masa satu bulan dari tarikh hari ini, dan untuk setiap bulan seterusnya.
Sumbangan bulanan kepada UNICEF dapat menyediakan sumber pendapatan yang stabil. Memandangkan program di dalam negara kami berlaku dalam jangka masa panjang, setiap bulan anda menderma membolehkan kami unutuk memberi tumpuan kepada pengajaran, memberi galakan dan latihan kepada komuniti setempat supaya dapat melahirkan tenaga mahir tempatan supaya dapat membantu kanak-kanak setempat. Ia juga membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada matlamat jangka panjang yang strategik dalam menyediakan penyelesaian secara kekal terhadap kesukaran berterusan yang dihadapi oleh seluruh kanak-kanak di dunia.
Oleh kerana sumbangan bulanan kepada UNICEF Malaysia diproses secara automatik, ini membantu kami dalam mengurangkan kos pentadbiran— yang membolehkan kami membelanjakan lebih banyak wang untuk program melibatkan kanak-kanak.
Ya, anda boleh memilih untuk menderma hanya sekali dan apa sahaja jumlah dermaan sangat dihargai. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan derma bulanan kerana ia membolehkan kami untuk lebih efektif dalam merancang kerja kami yang akan datang demi kanak-kanak; ini kerana kami mengetahui bahawa terdapat dana yang mencukupi untuk melabur dalam penyelesaian jangka panjang dan memberi kesan positif kepada kanak-kanak.
Sebagai pelayan untuk kanak-kanak yang paling terdedah di dunia, kami percaya bahawasanya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menggunakan setiap Ringgit yang diterima daripada penderma kami dengan bijak. Setiap sumbangan anda kepada UNICEF digunakan secara langsung terhadap misi organisasi kami, ia termasuk termasuk perkhidmatan program dan juga melibatkan orang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Tahunan UNICEF Malaysia 2019.
Walaupun wujud sebagai entiti di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNICEF tidak menerima sebarang bentuk pembiayaan daripada PBB. Kesemua pembiayaan yang diterima UNICEF datang daripada sumbangan sukarela pihak kerajaan, individu swasta dan perniagaan dari seluruh dunia, serta yayasan dan orang awam.
Bagi setiap RM1 yang anda derma kepada UNICEF, kira-kira 80 sen digunakani untuk membantu menyelamatkan dan mengubah kehidupan kanak-kanak. Kami membelanjakan kira-kira 20 sen untuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan pelaburan semula.
Sumbangan anda membantu kami menyokong penyediaan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan unutuk membantu kanak-kanak di Malaysia dan juga seluruh dunia supaya mereka dapat melangkah ke alam dewasa. UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia.
Apabila anda menderma kepada UNICEF Malaysia, and mempunyai kawalan penuh terhadap jumlah sumbangan anda. Pada bila-bila masa, anda boleh menukar jumlah sumbangan anda. UNICEF Malaysia menggalakkan anda untuk menyumbang selagi anda boleh, ini kerana dengan cara ini anda mampu untuk mengubah kehidupan kanak-kanak.
Anda akan sentiasa menerima maklumat terkini tentang bagaimana derma anda kepada UNICEF dibelanjakan dalam membantu kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia. Anda juga boleh menyertai aktiviti dan acara eksklusif khas unutk penderma yang dianjurkan oleh UNICEF Malaysia.
Jika anda adalah seorang penderma bulanan UNICEF, anda juga layak mendapatkan pengecualian cukai terhadap derma anda kepada UNICEF dan boleh menjangka untuk menerimanya pada suku pertama setiap tahun.
Bagi penderma satu kali, anda akan menerima resit derma daripada UNICEF untuk setiap sumbangan yang anda lakukan. Bagi setiap derma yang berjumlan RM50 dan ke atas, ia juga dikecualikan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
UNICEF Malaysia mematuhi dasar yang ketat mengenai privasi penderma. Maklumat peribadi anda akan diuruskan dengan penuh kerahsiaan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Anda boleh menghubungi pasukan Donor Services di 1300 30 0010 (9:00 pagi - 5:30 petang) atau e-mel enquiry-MLYA@unicef.org untuk maklumat lanjut.
Setiap Ringgit adalah amat bermakna buat kami dalam melaksanakan usaha penting yang kami lakukan buat semua kanak-kanak dan kami berharap anda akan terus menyokong kami. Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu menghentikan sumbangan anda kepada UNICEF, anda boleh menghubungi kami melalui butiran yang disediakan di bawah. Sila berikan masa selama 30 hari untuk penamatan auto debit, kad debit atau pengaturan kad kredit untuk berkuat kuasa. Maklumat hubungan kami adalah seperti di bawah:
UNICEF Malaysia
United Nations Children’s Fund,
Menara PJH, Level 10, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2,
62100, Putrajaya, Malaysia.
Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Fax: +603 2093 0582
Email: enquiry-mlya@unicef.org
Ya, anda boleh memuat turun borang dari halaman derma di laman sesawang kami dan menyerahkannya melalui pos/faks atau ke alamat di bawah. Sila alamatkan semua cek kepada UNICEF. Anda juga boleh mendaftar sebagai penderma bulanan UNICEF melalui 'Face-to-Face Fundraising Programme'.
Maklumat hubungan kami adalah seperti di bawah:
UNICEF Malaysia
United Nations Children’s Fund,
Menara PJH, Level 10, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2,
62100, Putrajaya, Malaysia.
Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Fax: +603 2093 0582
Email: enquiry-mlya@unicef.org
Sila maklumkan kami secepat mungkin sekiranya anda berpindah ataupun jika maklumat perbankan anda berubah. Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan e-mel apabila cuba untuk memaklumkan kami mengenai perkara ini. Sila hubungi Hotline Penderma UNICEF Malaysia di talian 1300 300 010.
Terdapat beberapa cara untuk anda melakukan sumbangan kepada UNICEF. Salah satunya adalah dengan memberi inspirasi kepada rakan sekeliling anda untuk menyumbang supaya kanak-kanak akan mendapat masa depan yang lebih baik. Maklumkan kepada ahli keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, rakan sekerja dan juga sesiapa sahaja yang anda kenali untuk menderma kepada UNICEF melalui platform SimplyGiving. Muat turun panduan pengumpulan dana di sini.
Selain itu, anda boleh menderma melalui 'Tribute Gift' untuk menghargai diri anda atau seseorang yang istimewa dengan meraikan acara khas eperti hari lahir, graduasi, ulang tahun perkahwinan, promosi pekerjaan, persaraan, bayi yang baru lahir dan banyak lagi.
Anda juga boleh memilih untuk menyokong usaha UNICEF dalam membina dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak dengan meninggalkan hadiah dalam wasiat anda. Pemberian 'Legacy Giving' anda boleh membantu mengubah kehidupan ramai kanak-kanak pada hari ini dan esok.
By making a donation to UNICEF, you really are making a difference to children's lives.
With your donation, you are working together with UNICEF for the survival, protection and development of children in Malaysia and more than 190 countries all around the world. As an established international organization, UNICEF has good systems and are able to fully utilise your donation to really help a child in need, not only in Malaysia but other countries around the world where it is harder to reach. We ensure more of the world's children are vaccinated, educated and protected than any other organisation.
We get things done. And we're not going to stop until the world is a safe place for all our children.
United Nations Children’s Fund Menara PJH, Level 10, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2, 62100, Putrajaya, Malaysia