UNICEF - United Nations Children’s Fund

Sila pilih jenis sumbangan anda

 

Boleh menyediakan tablet pembersih air untuk memastikan bahawa kanak-kanak di Yaman mempunyai akses ke air bersih.

water purification tablets

Dapat menyediakan 148 paket 'Ready-to-use Therapeutic Food' (RUTF) untuk kanak-kanak yang mengalami masalah malnutrisi.

Dapat menyediakan 86 paket 'Ready-to-use Therapeutic Food' (RUTF) untuk kanak-kanak yang mengalami masalah malnutrisi.

Boleh menyediakan selimut hangat setiap bulan untuk 2 kanak-kanak di Yaman untuk memastikan mereka dilindungi semasa musim sejuk.

provide warm blankets

Pembiayaan yang berterusan adalah sangat penting untuk usaha kami demi kanak-kanak di Yaman. SETIAP RINGGIT ADALAH BERMAKNA!

Monthly other amount
Derma sekarang
Sebagai alternatif, anda boleh

muat turun borang ini dan hantarkan ke alamat/nombor faks yang tertera di bawah. Sila pastikan semua cek dibayar kepada “UNITED NATIONS CHILDREN'S FUND".

Muat turun borang

Boleh menyediakan selimut hangat setiap bulan untuk 3 kanak-kanak di Yaman untuk memastikan mereka dilindungi semasa musim sejuk.

provide warm blankets for 3 children in Yemen

Dapat menyediakan 698 MUAC (Mid-Upper Arm Circumference) untuk menentukan tahap malnutrisi.

Dapat menyediakan 698 MUAC (Mid-Upper Arm Circumference) untuk menentukan tahap malnutrisi.

Boleh menyediakan pakaian musim sejuk untuk 7 bayi di Yaman di bawah 12 bulan.

provide warm clothing for 7 babies

Pembiayaan yang berterusan adalah sangat penting untuk usaha kami demi kanak-kanak di Yaman. SETIAP RINGGIT ADALAH BERMAKNA!

Every Ringgit Counts
Derma sekarang
Sebagai alternatif, anda boleh

muat turun borang ini dan hantarkan ke alamat/nombor faks yang tertera di bawah. Sila pastikan semua cek dibayar kepada “UNITED NATIONS CHILDREN'S FUND".

Muat turun borang
Help Yemen children

RAYUAN UNTUK ANAK-ANAK YAMAN

Negara Yaman magalami krisis kemanusiaan terbesar di dunia, dengan lebih daripada 24 juta orang - sekitar 80% penduduk - memerlukan bantuan kemanusiaan, termasuk lebih daripada 12 juta kanak-kanak. Kerosakan dan penutupan sekolah serta hospital telah mengganggu akses kepada perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, menjadikan anak-anak lebih terdedah kepada situasi kritikal dan merampas masa depan mereka.

UNICEF berada di Yaman untuk menyelamatkan nyawa anak-anak, untuk membantu mereka mengatasi konflik, dan menolong mereka pulih serta menyambung semula zaman keriangan kanak-kanak mereka.

JANGAN BERLENGAH LAGI. Dengan sokongan anda, UNICEF dapat membantu anak-anak yang kini berada dalam situasi kritikal dan sukar untuk menerima bantuan kemanusiaan.

*Sumbangan sebanyak RM50 ke atas dikecualikan cukai di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tahun 2020 akan diingati bukan hanya kerana COVID-19. Tetapi ia juga akan diingati sebagai tahun di mana kita gagal menyelamatkan kanak-kanak di Yemen sekali lagi.

Kita tidak boleh melakukan kesilapan yang sama pada tahun 2021.

~ Pengarah Eksekutif Henrietta Fore

Tahukah anda?

Hampir 2.3 juta kanak-kanak yang berusia lima tahun kebawah di Yaman mungkin akan mengalami masalah malnutrisi akut pada tahun ini.

Nour adalah salah seorang kanak-kanak yang mengalami masalah malnutrisi di Yaman. Sewaktu ditemui, Nour yang hanya berusia beberapa bulan mengalami masalah malnutrisi dan ia hampir meragut nyawanya. Nour bernasib baik kerana ditemui oleh UNICEF yang telah memberikan rawatan dan menyediakan makanan tambahan yang diperlukan oleh tubuh kecilnya. Hanya selepas beberapa minggu, Nour kembali sihat.

UNICEF terus berusaha untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang mengalami malnutrisi di seluruh dunia, dan kami memerlukan sokongan anda!

Soalan Lazim

Apakah yang sedang berlaku di Yaman?

Lebih lima tahun telah berlalu sejak konflik di Yaman terjadi, ia kekal menjadi krisis kemanusiaan terburuk di dunia, dengan 24.3 juta orang - 80 peratus daripada jumlah penduduk - memerlukan bantuan kemanusiaan. Konflik ini telah menyebabkan 3.6 juta orang, termasuk 2 juta kanak-kanak terpaksa berpindah-randah, dan 422,000 orang kini menjadi pendatang dan mencari perlindungan suaka. Terdapat kekangan di dalam akses bantuan kemanusiaan di Yaman, ini kerana berlakunya peningkatan konflik bersenjata dan juga karenah birokrasi yang telah menghalang usaha UNICEF dan rakan kongsinya di Yaman.

Sejak konflik meningkat pada bulan Mac 2015, negara ini menjadi mimpi ngeri bagi kanak-kanak Yaman. Ditambah dengan penyebaran COVID-19, situasi di Yaman menjadi semakin teruk. Kekurangan bekalan air bersih dan hanya separuh daripada kemudahan kesihatan yang ada masih berfungsi, dan banyak yang masih tidak mempunyai peralatan asas seperti topeng dan sarung tangan, apatah lagi oksigen dan bekalan penting lain untuk merawat koronavirus. Ramai pekerja kesihatan tidak menerima gaji atau insentif.

Bagaimanakah krisis ini mempengaruhi kanak-kanak di Yaman?

Kanak-kanak terus dibunuh atau dicacatkan dalam konflik ini, manakala kerosakan dan penutupan sekolah-sekolah dan hospital telah menghalang akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan, membuatkan kanak-kanak lebih terdedah dan meragut mereka daripada masa depan yang lebih baik.

Pada tahun 2020, pertempuran baru telah meletus. Kanak-kanak adalah mangsa utama: hampir 3,200 telah terbunuh, lebih dari 5,700 telah cedera dan hampir 3,500 telah direkrut menganggotai kumpulan angkatan bersenjata.

Sementara itu, menurut analisis pada bulan Februari diramalkan hampir 2.3 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Yaman menderita kekurangan zat makanan akut pada tahun 2021. Dari jumlah tersebut, 400,000 dijangka menderita kekurangan zat makanan akut yang teruk dan boleh membawa maut jika mereka tidak mendapat rawatan dengan kadar segera.

Gabungan faktor berbahaya, yang didorong oleh konflik dan kemerosotan ekonomi dan sekarang ia bertambah buruk oleh COVID-19, telah menjadikan keadaan lebih mengerikan bagi kanak-kanak di Yaman.

Apakah yang dilakukan oleh UNICEF dalam membantu kanak-kanak di Yaman?

UNICEF turun di lapangan dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak Yaman, membantu mereka mengatasi kesan konflik, dan membantu mereka unutk pulih dan meneruskan hidup mereka.

UNICEF membantu merawat kekurangan zat makanan akut yang teruk pada kanak-kanak dengan menyediakan makanan terapeutik dan persediaan perubatan.

Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap wabak koronavirus, UNICEF telah menghantar peralatan pelindung diri penting yang diperlukan oleh pekerja barisan hadapan dan terus mennyampaikan komunikasi tentang risiko COVID-19 dan terlibat dalam aktiviti masyarakat setempat.

Kanak-kanak juga dibantu dengan bantuan yang diperlukan seperti bantuan psikologi mangsa perang, pendidikan mengenai periuk api dan sisa-sisa perang yang boleh meletup. Sementara itu, UNICEF dan rakan kongsinya telah memulihkan sekolah yang rosak dan mewujudkan ruang pembelajaran yang selamat. <a href="https://www.unicef.org/emergencies/yemen-crisis#what-unicef-is-doing" target="_blank">Baca lebih</a> lanjut mengenai usaha UNICEF di negara ini.

Mengapa saya perlu menderma kepada UNICEF dan bagaimanakah sumbangan saya digunakan?

Sumbangan dan sokongan anda kepada UNICEF adalah sangat penting untuk membantu menyokong kanak-kanak di Malaysia dan juga di peringkat global.

UNICEF bekerja di lebih 190 negara dan wilayah untuk mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak. Apabila anda menderma kepada UNICEF, anda menyumbang kepada kesejahteraan mereka melalui program yang membantu kanak-kanak supaya mereka dapat bertahan dan melangkah ke alam dewasa, menyediakan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan. UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia. Oleh kerana UNICEF tidak dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami bergantung sepenuhnya terhadap sumbangan tetap supaya kami terus dapat membuat perubahan positif untuk kanak-kanak di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Dengan bantuan anda, kita boleh bersama-sama dalam memperbaiki kehidupan mereka yang memerlukan.

Apabila saya menderma kepada UNICEF, adakah ia layak untuk potongan cukai di Malaysia?

Ya, apabila anda menderma kepada UNICEF, anda akan mendapat manfaat pengecualian cukai untuk jumlah derma RM50 dan ke atas, mengikut seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Malaysia.

Bagaimanakah caranya untuk saya menderma kepada UNICEF Malaysia setiap bulan?

Terdapat 3 kaedah yang boleh anda pilih untuk menderma: Melalui kad kredit, kad debit atau melalui auto-debit dari akaun Maybank (MBB).

(Nota: Kaedah derma melalui cek HANYA diterima apabila penderma lebih suka untuk TIDAK menderma melalui kad kredit atau akaun bank MBB mereka)

Bagaimanakah cara sumbangan akan ditolak setiap bulan apabila saya menderma kepada UNICEF Malaysia?

Selepas and melakukan sumbangan yang pertama kepada UNICEF, sumbangan berikutnya akan dicaj secara automatik ke kad kredit anda atau ditolak setiap bulan dari akaun bank anda. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mendermakan jumlah bulanan sebanyak RM100 pada bulan ini, sumbangan anda yang seterusnya sebanyak RM100 akan dicaj secara automatik ke akaun anda dalam masa satu bulan dari tarikh hari ini, dan untuk setiap bulan seterusnya.

Mengapakah program ini mempunyai skim derma bulanan?

Sumbangan bulanan kepada UNICEF dapat menyediakan sumber pendapatan yang stabil. Memandangkan program di dalam negara kami berlaku dalam jangka masa panjang, setiap bulan anda menderma membolehkan kami unutuk memberi tumpuan kepada pengajaran, memberi galakan dan latihan kepada komuniti setempat supaya dapat melahirkan tenaga mahir tempatan supaya dapat membantu kanak-kanak setempat. Ia juga membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada matlamat jangka panjang yang strategik dalam menyediakan penyelesaian secara kekal terhadap kesukaran berterusan yang dihadapi oleh seluruh kanak-kanak di dunia.

Oleh kerana sumbangan bulanan kepada UNICEF Malaysia diproses secara automatik, ini membantu kami dalam mengurangkan kos pentadbiran— yang membolehkan kami membelanjakan lebih banyak wang untuk program melibatkan kanak-kanak.

Bolehkah saya membuat sumbangan sebanyak satu kali sahaja kepada UNICEF Malaysia?

Ya, anda boleh memilih untuk menderma hanya sekali dan apa sahaja jumlah dermaan sangat dihargai. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan derma bulanan kerana ia membolehkan kami untuk lebih efektif dalam merancang kerja kami yang akan datang demi kanak-kanak; ini kerana kami mengetahui bahawa terdapat dana yang mencukupi untuk melabur dalam penyelesaian jangka panjang dan memberi kesan positif kepada kanak-kanak.

Apakah yang dilakukan dengan kutipan sumbangan yang dilakukan oleh UNICEF?

Sebagai pelayan untuk kanak-kanak yang paling terdedah di dunia, kami percaya bahawasanya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menggunakan setiap Ringgit yang diterima daripada penderma kami dengan bijak. Setiap sumbangan anda kepada UNICEF digunakan secara langsung terhadap misi organisasi kami, ia termasuk termasuk perkhidmatan program dan juga melibatkan orang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Tahunan UNICEF Malaysia 2020.

Bagaimanakah UNICEF Malaysia dibiayai dan berapakah jumlah sumbangan UNICEF yang disalurkan kepada kanak-kanak?

Walaupun wujud sebagai entiti di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNICEF tidak menerima sebarang bentuk pembiayaan daripada PBB. Kesemua pembiayaan yang diterima UNICEF datang daripada sumbangan sukarela pihak kerajaan, individu swasta dan perniagaan dari seluruh dunia, serta yayasan dan orang awam.

Bagi setiap RM1 yang anda derma kepada UNICEF, kira-kira 80 sen digunakani untuk membantu menyelamatkan dan mengubah kehidupan kanak-kanak. Kami membelanjakan kira-kira 20 sen untuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan pelaburan semula.

Sumbangan anda membantu kami menyokong penyediaan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan unutuk membantu kanak-kanak di Malaysia dan juga seluruh dunia supaya mereka dapat melangkah ke alam dewasa. UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia.

Berapa lamakah saya harus komited untuk menderma?

Apabila anda menderma kepada UNICEF Malaysia, and mempunyai kawalan penuh terhadap jumlah sumbangan anda. Pada bila-bila masa, anda boleh menukar jumlah sumbangan anda. UNICEF Malaysia menggalakkan anda untuk menyumbang selagi anda boleh, ini kerana dengan cara ini anda mampu untuk mengubah kehidupan kanak-kanak.

Apa yang saya akan dapat sebagai balasan apabila saya menderma?

Anda akan sentiasa menerima maklumat terkini tentang bagaimana derma anda kepada UNICEF dibelanjakan dalam membantu kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia. Anda juga boleh menyertai aktiviti dan acara eksklusif khas unutk penderma yang dianjurkan oleh UNICEF Malaysia.

Jika anda adalah seorang penderma bulanan UNICEF, anda juga layak mendapatkan pengecualian cukai terhadap derma anda kepada UNICEF dan boleh menjangka untuk menerimanya pada suku pertama setiap tahun.

Bagi penderma satu kali, anda akan menerima resit derma daripada UNICEF untuk setiap sumbangan yang anda lakukan. Bagi setiap derma yang berjumlan RM50 dan ke atas, ia juga dikecualikan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Adakah maklumat kad kredit dan akaun bank saya akan kekal sulit?

UNICEF Malaysia mematuhi dasar yang ketat mengenai privasi penderma. Maklumat peribadi anda akan diuruskan dengan penuh kerahsiaan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Anda boleh menghubungi pasukan Donor Services di 1300 30 0010 (9:00 pagi - 5:30 petang) atau e-mel donorcare@unicef.my untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah caranya untuk saya membuat perubahan kepada jumlah derma bulanan saya kepada UNICEF?

Setiap Ringgit adalah amat bermakna buat kami dalam melaksanakan usaha penting yang kami lakukan buat semua kanak-kanak dan kami berharap anda akan terus menyokong kami. Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu menghentikan sumbangan anda kepada UNICEF, anda boleh menghubungi kami melalui butiran yang disediakan di bawah. Sila berikan masa selama 30 hari untuk penamatan auto debit, kad debit atau pengaturan kad kredit untuk berkuat kuasa. Maklumat hubungan kami adalah seperti di bawah:

Alamat: UNICEF Malaysia United Nations Children’s Fund, Menara PJH, Level 10, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Putrajaya, Malaysia
Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Faks: +603 2093 0582
E-mel: donorcare@unicef.my

Adakah terdapat cara lain untuk mendaftar dan menderma kepada program derma bulanan UNICEF?

Ya, anda boleh memuat turun borang dari halaman derma di laman sesawang kami dan menyerahkannya melalui pos/faks atau ke alamat di bawah. Sila alamatkan semua cek kepada UNICEF. Anda juga boleh mendaftar sebagai penderma bulanan UNICEF melalui 'Face-to-Face Fundraising Programme'.

Alamat untuk dihubungi: Alamat: UNICEF Malaysia United Nations Children’s Fund, Menara PJH, Level 10, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Putrajaya, Malaysia
Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Faks: +603 2093 0582
E-mel: donorcare@unicef.my

Bagaimanakah caranya untuk saya mengubah alamat dan juga maklumat perbankan?

Sila maklumkan kami secepat mungkin sekiranya anda berpindah ataupun jika maklumat perbankan anda berubah. Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan e-mel apabila cuba untuk memaklumkan kami mengenai perkara ini. Sila hubungi Hotline Penderma UNICEF Malaysia di talian 1300 300 010.

Apakah terdapat cara lain untuk saya menderma kepada UNICEF?

Terdapat beberapa cara untuk anda melakukan sumbangan kepada UNICEF. Salah satunya adalah dengan memberi inspirasi kepada rakan sekeliling anda untuk menyumbang supaya kanak-kanak akan mendapat masa depan yang lebih baik. Maklumkan kepada ahli keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, rakan sekerja dan juga sesiapa sahaja yang anda kenali untuk menderma kepada UNICEF melalui platform SimplyGiving. Muat turun panduan pengumpulan dana di sini.

Selain itu, anda boleh menderma melalui 'Tribute Gift' untuk menghargai diri anda atau seseorang yang istimewa dengan meraikan acara khas eperti hari lahir, graduasi, ulang tahun perkahwinan, promosi pekerjaan, persaraan, bayi yang baru lahir dan banyak lagi.

Anda juga boleh memilih untuk menyokong usaha UNICEF dalam membina dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak dengan meninggalkan hadiah dalam wasiat anda. Pemberian 'Legacy Giving' anda boleh membantu mengubah kehidupan ramai kanak-kanak pada hari ini dan esok.

Hubungi kami

Hubungi kami

United Nations Children’s Fund Menara PJH, Level 10, No. 2,

Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2, 62100, Putrajaya, Malaysia

Donate
Complete your gift
to make a difference
I’m ready
Not today
AGENT CCBot/2.0 (https://commoncrawl.org/faq/) => IS LIGHTHOUSE: FALSE