UNICEF - United Nations Children’s Fund

Anak dan bapa Afghanistan. Menderma untuk membantu kanak-kanak Afghanistan seperti dia keluar daripada krisis.

Sila pilih jenis sumbangan anda

 

Dapat menyediakan 3,333 tablet penulenan air untuk memastikan kanak-kanak di Afghanistan mendapat akses kepada air bersih.

water purification tablets

Dapat menyediakan 86 paket 'Ready-to-use Therapeutic Food' (RUTF) untuk kanak-kanak yang mengalami masalah malnutrisi.

Boleh menyediakan 86 paket ‘Ready-to-use Therapeutic Food (RUTF)’ untuk kanak-kanak di Afghanistan yang mengalami malnutrisi.

Dapat menyalurkan bantuan tunai bulanan untuk isi rumah yang kehilangan tempat tinggal di Afghanistan untuk memastikan mereka dapat membina semula kehidupan mereka.

provide warm blankets

Pembiayaan yang berterusan adalah sangat penting untuk usaha kami demi kanak-kanak di Afghanistan. SETIAP RINGGIT ADALAH BERMAKNA!

Monthly other amount
Derma sekarang
Sebagai alternatif, anda boleh

muat turun borang ini dan hantarkan ke alamat/nombor faks yang tertera di bawah. Sila pastikan semua cek dibayar kepada “UNITED NATIONS CHILDREN'S FUND".

Muat turun borang

Dapat menyalurkan bantuan tunai bulanan untuk isi rumah yang kehilangan tempat tinggal di Afghanistan untuk memastikan mereka dapat membina semula kehidupan mereka.

provide warm blankets for 3 children in Yemen

Dapat menyediakan 698 pita pengukur ‘MUAC (Mid-Upper Arm Circumference)’ untuk menentukan tahap malnutrisi di kalangan kanak-kanak.

Dapat menyediakan 698 MUAC (Mid-Upper Arm Circumference) untuk menentukan tahap malnutrisi.

Boleh menyediakan 740 paket ‘Ready-to-use Therapeutic Food (RUTF)’ untuk kanak-kanak di Afghanistan yang mengalami malnutrisi.

provide warm clothing for 7 babies

Pembiayaan yang berterusan adalah sangat penting untuk usaha kami demi kanak-kanak di Afghanistan. SETIAP RINGGIT ADALAH BERMAKNA!

Every Ringgit Counts
Derma sekarang
Sebagai alternatif, anda boleh

muat turun borang ini dan hantarkan ke alamat/nombor faks yang tertera di bawah. Sila pastikan semua cek dibayar kepada “UNITED NATIONS CHILDREN'S FUND".

Muat turun borang
Menderma kepada krisis Afghanistan dan membantu komuniti yang kehilangan tempat tinggal mendapatkan keperluan asas.

Rayuan Kanak-Kanak Afghanistan

Bertahun lamanya, Afghanistan telah menjadi salah satu tempat paling teruk di dunia untuk dihuni oleh kanak-kanak. Kehidupan di Afghanistan telah menjadi lebih teruk. Walaupun dalam menghadapi krisis yang semakin meruncing, usaha UNICEF untuk kanak-kanak dan keluarga mereka di seluruh Afghanistan tetap diteruskan. Kami telah berada di Afghanistan selama 65 tahun dan dalam masa ini, kami telah membina rangkaian komuniti dan membina kepercayaan dengan pelbagai pihak.​

​Jika tiada tindakan segera yang diambil, 1 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun akan mengalami masalah malnutrisi yang teruk. Krisis kemanusiaan yang berlarutan telah menjadi krisis tiga kali ganda: konflik, gelombang ketiga COVID-19 dan kemarau. Lebih 12 juta orang berada pada tahap kecemasan atau krisis kekurangan makanan.​

​TIADA MASA UNTUK DIBAZIRKANI. Dengan sokongan anda, UNICEF boleh membantu kanak-kanak rentan dan yang sukar di akses.

Sumbangan berjumlah RM50 dan ke atas dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.​

Kita tidak boleh mengabaikan kanak-kanak Afghanistan pada saat mereka paling memerlukan

~Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Selatan, George Laryea-Adjei

Kami tetap teguh dalam membantu setiap kanak-kanak di Afghanistan

UNICEF memerlukan USD 192 juta dengan segera pada 2021 sebagai sebahagian daripada rayuan ‘Humanitarian Action for Children (HAC)’​

  • 18.4 juta - lebih separuh daripada penduduk Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan (10 juta daripada mereka adalah kanak-kanak)​
  • Lebih 12 juta orang kanak-kanak tidak bersekolah (2.2 juta daripada mereka adalah perempuan)​
  • Lebih 3,000 pencabulan hak asasi telah berlaku kepada 2,863 kanak-kanak ​

UNICEF komited untuk terus kekal di Afghanistan dan terus membantu melalui perancangan luar jangka yang dinamik. Kami telah menyusun semula strategi kami dalam memastikan operasi kami terus berjaya. Tetapi kami memerlukan sokongan anda!

Soalan Lazim

Mengapa sumbangan anda penting kepada UNICEF?

Sumbangan anda kepada UNICEF membawa perbezaan ketara pada kehidupan kanak-kanak. Komitmen anda sebagai penyumbang bulanan kepada UNICEF pula akan memberi impak lebih besar yang mungkin anda tidak sangka. Ini kerana:

- UNICEF merupakan sebuah agensi utama kanak-kanak dalam sistem PBB yang berperanan menyelamatkan nyawa kanak-kanak, mempertahankan hak mereka, dan membantu mereka mencapai potensi dari peringkat kanak-kanak hingga remaja.

- Seiring dengan peranannya sebagai sebuah organisasi antarabangsa terkemuka, UNICEF memiliki sistem yang baik dan berupaya memanfaatkan sepenuhnya sumbangan anda untuk membantu kanak-kanak yang terkesan secara berkesan dan cekap, bukan hanya di Malaysia bahkan di lebih 190 buah negara dan wilayah yang paling sukar dicapai seluruh dunia. 

- Menerusi pelbagai program kemanusiaan dan pembangunannya di seluruh dunia, penglibatan UNICEF lebih meluas berbanding mana-mana badan kebajikan kanak-kanak. Kami memastikan kanak-kanak di dunia ini divaksin, dididik dan dilindungi. 

- UNICEF sentiasa berada di lokasi sebelum, semasa dan selepas berlakunya darurat dengan menyediakan bekalan menyelamatkan nyawa kepada kanak-kanak dan keluarga, prihatin terhadap keperluan kemanusiaan mereka, di samping membantu komuniti untuk bangkit semula. 

Sokongan bulanan anda kepada UNICEF memberi kami bantuan berterusan dan kefleksibelan untuk bertindak balas terhadap sebarang darurat yang memerlukan bantuan kecemasan segera; membolehkan kakitangan mahir kami yang mengkhusus dalam bidang kesihatan, pemakanan dan perlindungan kanak-kanak merancang program pengantaraan untuk kanak-kanak, terutamanya yang memerlukan pelaburan jangka panjang.

Bagaimana UNICEF berupaya memberi bantuan apabila diperlukan?

Kanak-kanak merupakan golongan yang pertama dan paling terkesan apabila berlaku konflik dan malapetaka. Semasa keadaan darurat dan krisis kemanusiaan, kanak-kanak paling terdedah kepada penyakit, malnutrisi dan keganasan. Kanak-kanak yang tinggal di kawasan konflik lebih terkesan – kerana berkemungkinan besar hidup dalam kemiskinan yang teruk, atau tidak dapat bersekolah di peringkat rendah.

UNICEF sentiasa berada di lokasi berlakunya krisis kemanusiaan atau darurat. Rangkaian bekalan kami antara yang terbesar di dunia, membolehkan kami menyediakan bekalan perlu seperti vaksin yang menyelamatkan nyawa, susu terapeutik dan selimut tebal bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan.  Walau di mana jua mereka berada, kami berupaya menghantar bantuan dengan pantas, baik menerusi darat, laut atau udara.

Mengapa saya perlu menderma kepada UNICEF dan bagaimanakah sumbangan saya digunakan?

Sumbangan dan sokongan anda kepada UNICEF adalah sangat penting untuk membantu menyokong kanak-kanak di Malaysia dan juga di peringkat global.

UNICEF bekerja di lebih 190 negara dan wilayah untuk mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak. Apabila anda menderma kepada UNICEF, anda menyumbang kepada kesejahteraan mereka melalui program yang membantu kanak-kanak supaya mereka dapat bertahan dan melangkah ke alam dewasa, menyediakan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan. UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia. Oleh kerana UNICEF tidak dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami bergantung sepenuhnya terhadap sumbangan tetap supaya kami terus dapat membuat perubahan positif untuk kanak-kanak di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Dengan bantuan anda, kita boleh bersama-sama dalam memperbaiki kehidupan mereka yang memerlukan.

Apabila saya menderma kepada UNICEF, adakah ia layak untuk potongan cukai di Malaysia?

Ya, apabila anda menderma kepada UNICEF, anda akan mendapat manfaat pengecualian cukai untuk jumlah derma RM50 dan ke atas, mengikut seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Malaysia.

Bagaimanakah caranya untuk saya menderma kepada UNICEF Malaysia setiap bulan?

Terdapat 3 kaedah yang boleh anda pilih untuk menderma: Melalui kad kredit, kad debit atau melalui auto-debit dari akaun Maybank (MBB).

(Nota: Kaedah derma melalui cek HANYA diterima apabila penderma lebih suka untuk TIDAK menderma melalui kad kredit atau akaun bank MBB mereka)

Bagaimanakah cara sumbangan akan ditolak setiap bulan apabila saya menderma kepada UNICEF Malaysia?

Selepas and melakukan sumbangan yang pertama kepada UNICEF, sumbangan berikutnya akan dicaj secara automatik ke kad kredit anda atau ditolak setiap bulan dari akaun bank anda. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mendermakan jumlah bulanan sebanyak RM100 pada bulan ini, sumbangan anda yang seterusnya sebanyak RM100 akan dicaj secara automatik ke akaun anda dalam masa satu bulan dari tarikh hari ini, dan untuk setiap bulan seterusnya.

Mengapakah program ini mempunyai skim derma bulanan?

Sumbangan bulanan kepada UNICEF dapat menyediakan sumber pendapatan yang stabil. Memandangkan program di dalam negara kami berlaku dalam jangka masa panjang, setiap bulan anda menderma membolehkan kami unutuk memberi tumpuan kepada pengajaran, memberi galakan dan latihan kepada komuniti setempat supaya dapat melahirkan tenaga mahir tempatan supaya dapat membantu kanak-kanak setempat. Ia juga membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada matlamat jangka panjang yang strategik dalam menyediakan penyelesaian secara kekal terhadap kesukaran berterusan yang dihadapi oleh seluruh kanak-kanak di dunia.

Oleh kerana sumbangan bulanan kepada UNICEF Malaysia diproses secara automatik, ini membantu kami dalam mengurangkan kos pentadbiran— yang membolehkan kami membelanjakan lebih banyak wang untuk program melibatkan kanak-kanak.

Bolehkah saya membuat sumbangan sebanyak satu kali sahaja kepada UNICEF Malaysia?

Ya, anda boleh memilih untuk menderma hanya sekali dan apa sahaja jumlah dermaan sangat dihargai. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan derma bulanan kerana ia membolehkan kami untuk lebih efektif dalam merancang kerja kami yang akan datang demi kanak-kanak; ini kerana kami mengetahui bahawa terdapat dana yang mencukupi untuk melabur dalam penyelesaian jangka panjang dan memberi kesan positif kepada kanak-kanak.

Apakah yang dilakukan dengan kutipan sumbangan yang dilakukan oleh UNICEF?

Sebagai pelayan untuk kanak-kanak yang paling terdedah di dunia, kami percaya bahawasanya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menggunakan setiap Ringgit yang diterima daripada penderma kami dengan bijak. Setiap sumbangan anda kepada UNICEF digunakan secara langsung terhadap misi organisasi kami, ia termasuk termasuk perkhidmatan program dan juga melibatkan orang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Tahunan UNICEF Malaysia 2020.

Bagaimanakah UNICEF Malaysia dibiayai dan berapakah jumlah sumbangan UNICEF yang disalurkan kepada kanak-kanak?

Walaupun wujud sebagai entiti di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNICEF tidak menerima sebarang bentuk pembiayaan daripada PBB. Kesemua pembiayaan yang diterima UNICEF datang daripada sumbangan sukarela pihak kerajaan, individu swasta dan perniagaan dari seluruh dunia, serta yayasan dan orang awam.

Bagi setiap RM1 yang anda derma kepada UNICEF, kira-kira 80 sen digunakani untuk membantu menyelamatkan dan mengubah kehidupan kanak-kanak. Kami membelanjakan kira-kira 20 sen untuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan pelaburan semula.

Sumbangan anda membantu kami menyokong penyediaan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan unutuk membantu kanak-kanak di Malaysia dan juga seluruh dunia supaya mereka dapat melangkah ke alam dewasa. UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia.

Berapa lamakah saya harus komited untuk menderma?

Apabila anda menderma kepada UNICEF Malaysia, and mempunyai kawalan penuh terhadap jumlah sumbangan anda. Pada bila-bila masa, anda boleh menukar jumlah sumbangan anda. UNICEF Malaysia menggalakkan anda untuk menyumbang selagi anda boleh, ini kerana dengan cara ini anda mampu untuk mengubah kehidupan kanak-kanak.

Apa yang saya akan dapat sebagai balasan apabila saya menderma?

Anda akan sentiasa menerima maklumat terkini tentang bagaimana derma anda kepada UNICEF dibelanjakan dalam membantu kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia. Anda juga boleh menyertai aktiviti dan acara eksklusif khas unutk penderma yang dianjurkan oleh UNICEF Malaysia.

Jika anda adalah seorang penderma bulanan UNICEF, anda juga layak mendapatkan pengecualian cukai terhadap derma anda kepada UNICEF dan boleh menjangka untuk menerimanya pada suku pertama setiap tahun.

Bagi penderma satu kali, anda akan menerima resit derma daripada UNICEF untuk setiap sumbangan yang anda lakukan. Bagi setiap derma yang berjumlan RM50 dan ke atas, ia juga dikecualikan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Adakah maklumat kad kredit dan akaun bank saya akan kekal sulit?

UNICEF Malaysia mematuhi dasar yang ketat mengenai privasi penderma. Maklumat peribadi anda akan diuruskan dengan penuh kerahsiaan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Anda boleh menghubungi pasukan Donor Services di 1300 30 0010 (9:00 pagi - 5:30 petang) atau e-mel donorcare@unicef.my untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah caranya untuk saya membuat perubahan kepada jumlah derma bulanan saya kepada UNICEF?

Setiap Ringgit adalah amat bermakna buat kami dalam melaksanakan usaha penting yang kami lakukan buat semua kanak-kanak dan kami berharap anda akan terus menyokong kami. Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu menghentikan sumbangan anda kepada UNICEF, anda boleh menghubungi kami melalui butiran yang disediakan di bawah. Sila berikan masa selama 30 hari untuk penamatan auto debit, kad debit atau pengaturan kad kredit untuk berkuat kuasa. Maklumat hubungan kami adalah seperti di bawah:

Alamat: UNICEF Malaysia United Nations Children’s Fund, Menara PJH, Level 10, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Putrajaya, Malaysia
Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Faks: +603 2093 0582
E-mel: donorcare@unicef.my

Adakah terdapat cara lain untuk mendaftar dan menderma kepada program derma bulanan UNICEF?

Ya, anda boleh memuat turun borang dari halaman derma di laman sesawang kami dan menyerahkannya melalui pos/faks atau ke alamat di bawah. Sila alamatkan semua cek kepada UNICEF. Anda juga boleh mendaftar sebagai penderma bulanan UNICEF melalui 'Face-to-Face Fundraising Programme'.

Alamat untuk dihubungi: Alamat: UNICEF Malaysia United Nations Children’s Fund, Menara PJH, Level 10, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Putrajaya, Malaysia
Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Faks: +603 2093 0582
E-mel: donorcare@unicef.my

Bagaimanakah caranya untuk saya mengubah alamat dan juga maklumat perbankan?

Sila maklumkan kami secepat mungkin sekiranya anda berpindah ataupun jika maklumat perbankan anda berubah. Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan e-mel apabila cuba untuk memaklumkan kami mengenai perkara ini. Sila hubungi Hotline Penderma UNICEF Malaysia di talian 1300 300 010.

Apakah terdapat cara lain untuk saya menderma kepada UNICEF?

Terdapat beberapa cara untuk anda melakukan sumbangan kepada UNICEF. Salah satunya adalah dengan memberi inspirasi kepada rakan sekeliling anda untuk menyumbang supaya kanak-kanak akan mendapat masa depan yang lebih baik. Maklumkan kepada ahli keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, rakan sekerja dan juga sesiapa sahaja yang anda kenali untuk menderma kepada UNICEF melalui platform SimplyGiving. Muat turun panduan pengumpulan dana di sini.

Selain itu, anda boleh menderma melalui 'Tribute Gift' untuk menghargai diri anda atau seseorang yang istimewa dengan meraikan acara khas eperti hari lahir, graduasi, ulang tahun perkahwinan, promosi pekerjaan, persaraan, bayi yang baru lahir dan banyak lagi.

Anda juga boleh memilih untuk menyokong usaha UNICEF dalam membina dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak dengan meninggalkan hadiah dalam wasiat anda. Pemberian 'Legacy Giving' anda boleh membantu mengubah kehidupan ramai kanak-kanak pada hari ini dan esok.

Hubungi kami

Hubungi kami

United Nations Children’s Fund Menara PJH, Level 10, No. 2,

Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2, 62100, Putrajaya, Malaysia

Donate
Complete your gift
to make a difference
I’m ready
Not today
AGENT CCBot/2.0 (https://commoncrawl.org/faq/) => IS LIGHTHOUSE: FALSE