UNICEF - United Nations Children’s Fund

Anak dan bapa Afghanistan. Menderma untuk membantu kanak-kanak Afghanistan seperti dia keluar daripada krisis.
 

Dapat menyalurkan bantuan tunai bulanan untuk isi rumah yang kehilangan tempat tinggal di Afghanistan untuk memastikan mereka dapat membina semula kehidupan mereka.

provide warm blankets

Dapat menyediakan 86 paket 'Ready-to-use Therapeutic Food' (RUTF) untuk kanak-kanak yang mengalami masalah malnutrisi.

Boleh menyediakan 86 paket ‘Ready-to-use Therapeutic Food (RUTF)’ untuk kanak-kanak di Afghanistan yang mengalami malnutrisi.

Dapat menyediakan 3,333 tablet penulenan air untuk memastikan kanak-kanak di Afghanistan mendapat akses kepada air bersih.

water purification tablets

Pembiayaan yang berterusan adalah sangat penting untuk usaha kami demi kanak-kanak di Afghanistan. SETIAP RINGGIT ADALAH BERMAKNA!

Monthly other amount
Derma sekarang

Boleh menyediakan 740 paket ‘Ready-to-use Therapeutic Food (RUTF)’ untuk kanak-kanak di Afghanistan yang mengalami malnutrisi.

provide warm clothing for 7 babies

Dapat menyediakan 698 pita pengukur ‘MUAC (Mid-Upper Arm Circumference)’ untuk menentukan tahap malnutrisi di kalangan kanak-kanak.

Dapat menyediakan 698 MUAC (Mid-Upper Arm Circumference) untuk menentukan tahap malnutrisi.

Dapat menyalurkan bantuan tunai bulanan untuk isi rumah yang kehilangan tempat tinggal di Afghanistan untuk memastikan mereka dapat membina semula kehidupan mereka.

provide warm blankets for 3 children in Yemen

Pembiayaan yang berterusan adalah sangat penting untuk usaha kami demi kanak-kanak di Afghanistan. SETIAP RINGGIT ADALAH BERMAKNA!

Every Ringgit Counts
Derma sekarang
Menderma kepada krisis Afghanistan dan membantu komuniti yang kehilangan tempat tinggal mendapatkan keperluan asas.

Mencabuli hak asasi kanak-kanak perempuan memperoleh pendidikan

Setahun selepas Taliban merampas kuasa pada 15 Ogos 2021, kehidupan di Afghanistan semakin teruk, susulan keadaan ketidaktenteraman berpuluh-puluh tahun dan bencana alam. Negara tersebut sedang menghadapi krisis, dan ia merupakan krisis hak kanak-kanak - terutamanya kanak-kanak perempuan.

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB telah menggelar Afghanistan, "krisis hak asasi manusia paling serius untuk kanak-kanak perempuan dan wanita di dunia."

  • Lebih 4.2 juta kanak-kanak tidak bersekolah; di mana 3.4 juta adalah perempuan;
  • Lebih 1 juta gadis dari darjah 7-12 telah dihalang mendapat pendidikan di sekolah menengah sejak dikuasai Taliban
  • Kanak-kanak perempuan dan wanita tidak dibenarkan keluar dari rumah mereka tanpa ‘mahram’

Remaja perempuan merana di rumah, kehilangan kerja sekolah yang penting, kehilangan rakan-rakan mereka, dan bimbang tentang masa depan mereka. Ia juga mendedahkan mereka kepada tahap kebimbangan yang tinggi, dan risiko eksploitasi dan penderaan yang lebih besar, termasuk pemerdagangan kanak-kanak, perkahwinan awal dan paksa.

UNICEF tidak akan berputus asa memberi pendidikan kepada kanak-kanak di Afghanistan, terutamanya kanak-kanak perempuan. Setiap perempuan dan lelaki harus mempunyai hak yang sama untuk mendapat pendidikan.

Pasukan UNICEF yang bertugas di lapangan bertindak balas terhadap komitmen yang kami lihat daripada komuniti untuk memastikan sekolah dibuka untuk kanak-kanak perempuan umur sekolah menengah dengan menyediakan 38 juta buku teks di sekolah, melatih 1,200 guru wanita dan mengembangkan kelas Pendidikan Berasaskan Komuniti (CBE) kepada 17,000 daripaa 10,000 menjelang hujung tahun.

Untuk menjamin masa depan kanak-kanak perempuan Afghanistan, dan melindungi hak mereka, kami menggesa ANDA untuk menyokong pengembangan CBE. Kami mempunyai peluang bukan sahaja untuk mengembangkan skala geografinya tetapi juga merangkumi persekolahan menengah. TETAPI KAMI MEMERLUKAN SOKONGAN PADU ANDA.

UNICEF akan terus memperjuangkan hak kanak-kana perempuian Afghanistan untuk mendapat pendidikan.

Sumbangan berjumlah RM50 dan ke atas dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6840 (1 Jan 2021 - 31 Dis 2023)]

'Sekarang, kami berada di darjah 6, tetapi kami sedar bahawa kami tidak akan dibenarkan kembali ke sekolah bermula dari darjah 7... kami mahu kanak-kanak perempuan kembali ke sekolah dan kami mahu larangan itu dihapuskan.'

-Muska, perempuan, 11 tahun, Afghanistan

Kami tetap teguh dalam membantu setiap kanak-kanak di Afghanistan

Cabaran lain yang dihadapi kanak-kanak perempuan Afghanistan…

Selain tidak dapat kembali ke sekolah menengah, kanak-kanak perempuan Afghanistan menghadapi pelbagai cabaran lain:

Remaja perempuan tidak dapat menerima perkhidmatan kesihatan dan pemakanan di sekolah yang disediakan UNICEF, seperti sokongan pencegahan anemia, pendidikan kesihatan dan kebersihan haid, penyediaan suplemen asid besi dan dfolik dan sebagainya.

Di sesetengah kawasan, lebih ramai kanak-kanak perempuan bawah lima tahun (58%) dimasukkan ke hospital dengan keadaan kekurangan zat makanan yang serius berbanding kanak-kanak lelaki (42%) kerana kecenderungan budaya yang memihak kepada lelaki menerima lebih banyak makanan atau makanan lebih baik.

28% daripada kanak-kanak Afghanistan berkahwin sebelum umur 18 tahun. Kanak-kanak perempuan yang berkahwin sebelum mencapai umur 18 lebih berkemungkinan mengalami keganasan rumah tangga, diskriminasi, penderaan dan kesihatan mental yang lemah. Mereka juga lebih terdedah kepada komplikasi semasa kehamilan dan bersalin.

 

Frequently Asked Questions

Apakah yang dilakukan oleh UNICEF dalam membantu kanak-kanak di Yaman?

UNICEF turun di lapangan dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak Yaman, membantu mereka mengatasi kesan konflik, dan membantu mereka unutk pulih dan meneruskan hidup mereka.

UNICEF membantu merawat kekurangan zat makanan akut yang teruk pada kanak-kanak dengan menyediakan makanan terapeutik dan persediaan perubatan.

Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap wabak koronavirus, UNICEF telah menghantar peralatan pelindung diri penting yang diperlukan oleh pekerja barisan hadapan dan terus mennyampaikan komunikasi tentang risiko COVID-19 dan terlibat dalam aktiviti masyarakat setempat.

Kanak-kanak juga dibantu dengan bantuan yang diperlukan seperti bantuan psikologi mangsa perang, pendidikan mengenai periuk api dan sisa-sisa perang yang boleh meletup. Sementara itu, UNICEF dan rakan kongsinya telah memulihkan sekolah yang rosak dan mewujudkan ruang pembelajaran yang selamat untuk kanak-kanak. Baca lebih lanjut mengenai usaha UNICEF di negara ini.

Mengapa saya perlu menderma kepada UNICEF dan bagaimanakah sumbangan saya digunakan?

Sumbangan dan sokongan anda kepada UNICEF adalah sangat penting untuk membantu menyokong kanak-kanak di Malaysia dan juga di peringkat global.

UNICEF bekerja di lebih 190 negara dan wilayah untuk mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak. Apabila anda menderma kepada UNICEF, anda menyumbang kepada kesejahteraan mereka melalui program yang membantu kanak-kanak supaya mereka dapat bertahan dan melangkah ke alam dewasa, menyediakan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan.

UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia. Oleh kerana UNICEF tidak dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami bergantung sepenuhnya terhadap sumbangan tetap supaya kami terus dapat membuat perubahan positif untuk kanak-kanak di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Dengan bantuan anda, kita boleh bersama-sama dalam memperbaiki kehidupan mereka yang memerlukan.

Mengapa saya perlu menderma kepada UNICEF dan bagaimanakah sumbangan saya digunakan?

Sumbangan dan sokongan anda kepada UNICEF adalah sangat penting untuk membantu menyokong kanak-kanak di Malaysia dan juga di peringkat global.

UNICEF bekerja di lebih 190 negara dan wilayah untuk mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak. Apabila anda menderma kepada UNICEF, anda menyumbang kepada kesejahteraan mereka melalui program yang membantu kanak-kanak supaya mereka dapat bertahan dan melangkah ke alam dewasa, menyediakan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan.

UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia. Oleh kerana UNICEF tidak dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami bergantung sepenuhnya terhadap sumbangan tetap supaya kami terus dapat membuat perubahan positif untuk kanak-kanak di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Dengan bantuan anda, kita boleh bersama-sama dalam memperbaiki kehidupan mereka yang memerlukan.

Apabila saya menderma kepada UNICEF, adakah ia layak untuk potongan cukai di Malaysia?

Ya, apabila anda menderma kepada UNICEF, anda akan mendapat manfaat pengecualian cukai untuk jumlah derma RM50 dan ke atas, mengikut seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Malaysia.

Bagaimanakah caranya untuk saya menderma kepada UNICEF Malaysia setiap bulan?

Terdapat 3 kaedah yang boleh anda pilih untuk menderma: Melalui kad kredit, kad debit atau melalui auto-debit dari akaun Maybank (MBB).

(Nota: Kaedah derma melalui cek HANYA diterima apabila penderma lebih suka untuk TIDAK menderma melalui kad kredit atau akaun bank MBB mereka)

Bagaimanakah cara sumbangan akan ditolak setiap bulan apabila saya menderma kepada UNICEF Malaysia?

Selepas and melakukan sumbangan yang pertama kepada UNICEF, sumbangan berikutnya akan dicaj secara automatik ke kad kredit anda atau ditolak setiap bulan dari akaun bank anda. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mendermakan jumlah bulanan sebanyak RM100 pada bulan ini, sumbangan anda yang seterusnya sebanyak RM100 akan dicaj secara automatik ke akaun anda dalam masa satu bulan dari tarikh hari ini, dan untuk setiap bulan seterusnya.

Mengapakah program ini mempunyai skim derma bulanan?

Sumbangan bulanan kepada UNICEF dapat menyediakan sumber pendapatan yang stabil. Memandangkan program di dalam negara kami berlaku dalam jangka masa panjang, setiap bulan anda menderma membolehkan kami unutuk memberi tumpuan kepada pengajaran, memberi galakan dan latihan kepada komuniti setempat supaya dapat melahirkan tenaga mahir tempatan supaya dapat membantu kanak-kanak setempat. Ia juga membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada matlamat jangka panjang yang strategik dalam menyediakan penyelesaian secara kekal terhadap kesukaran berterusan yang dihadapi oleh seluruh kanak-kanak di dunia.

Oleh kerana sumbangan bulanan kepada UNICEF Malaysia diproses secara automatik, ini membantu kami dalam mengurangkan kos pentadbiran— yang membolehkan kami membelanjakan lebih banyak wang untuk program melibatkan kanak-kanak.

Bolehkah saya menbuat sumbangan sebanyak satu kali sahaja kepada UNICEF Malaysia?

Ya, anda boleh memilih untuk menderma hanya sekali dan apa sahaja jumlah dermaan sangat dihargai. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan derma bulanan kerana ia membolehkan kami untuk lebih efektif dalam merancang kerja kami yang akan datang demi kanak-kanak; ini kerana kami mengetahui bahawa terdapat dana yang mencukupi untuk melabur dalam penyelesaian jangka panjang dan memberi kesan positif kepada kanak-kanak.

Apakah yang dilakukan dengan kutipan sumbangan yang dilakukan oleh UNICEF?

Sebagai pelayan untuk kanak-kanak yang paling terdedah di dunia, kami percaya bahawasanya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menggunakan setiap Ringgit yang diterima daripada penderma kami dengan bijak. Setiap sumbangan anda kepada UNICEF digunakan secara langsung terhadap misi organisasi kami, ia termasuk termasuk perkhidmatan program dan juga melibatkan orang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Tahunan UNICEF Malaysia 2019.

Bagaimanakah UNICEF Malaysia dibiayai dan berapakah jumlah sumbangan UNICEF yang disalurkan kepada kanak-kanak?

Walaupun wujud sebagai entiti di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNICEF tidak menerima sebarang bentuk pembiayaan daripada PBB. Kesemua pembiayaan yang diterima UNICEF datang daripada sumbangan sukarela pihak kerajaan, individu swasta dan perniagaan dari seluruh dunia, serta yayasan dan orang awam.

Bagi setiap RM1 yang anda derma kepada UNICEF, kira-kira 80 sen digunakani untuk membantu menyelamatkan dan mengubah kehidupan kanak-kanak. Kami membelanjakan kira-kira 20 sen untuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan pelaburan semula.

Sumbangan anda membantu kami menyokong penyediaan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan unutuk membantu kanak-kanak di Malaysia dan juga seluruh dunia supaya mereka dapat melangkah ke alam dewasa. UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia.

Berapa lamakah saya harus komited untuk menderma?

Apabila anda menderma kepada UNICEF Malaysia, and mempunyai kawalan penuh terhadap jumlah sumbangan anda. Pada bila-bila masa, anda boleh menukar jumlah sumbangan anda. UNICEF Malaysia menggalakkan anda untuk menyumbang selagi anda boleh, ini kerana dengan cara ini anda mampu untuk mengubah kehidupan kanak-kanak.

Apa yang saya akan dapat sebagai balasan apabila saya menderma?

Anda akan sentiasa menerima maklumat terkini tentang bagaimana derma anda kepada UNICEF dibelanjakan dalam membantu kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia. Anda juga boleh menyertai aktiviti dan acara eksklusif khas unutk penderma yang dianjurkan oleh UNICEF Malaysia.

Jika anda adalah seorang penderma bulanan UNICEF, anda juga layak mendapatkan pengecualian cukai terhadap derma anda kepada UNICEF dan boleh menjangka untuk menerimanya pada suku pertama setiap tahun.

Bagi penderma satu kali, anda akan menerima resit derma daripada UNICEF untuk setiap sumbangan yang anda lakukan. Bagi setiap derma yang berjumlan RM50 dan ke atas, ia juga dikecualikan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Adakah maklumat kad kredit dan akaun bank saya akan kekal sulit?

UNICEF Malaysia mematuhi dasar yang ketat mengenai privasi penderma. Maklumat peribadi anda akan diuruskan dengan penuh kerahsiaan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Anda boleh menghubungi pasukan Donor Services di 1300 30 0010 (9:00 pagi - 5:30 petang) atau e-mel donorcare@unicef.my untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah caranya untuk saya membuat perubahan kepada jumlah derma bulanan saya kepada UNICEF?

Setiap Ringgit adalah amat bermakna buat kami dalam melaksanakan usaha penting yang kami lakukan buat semua kanak-kanak dan kami berharap anda akan terus menyokong kami. Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu menghentikan sumbangan anda kepada UNICEF, anda boleh menghubungi kami melalui butiran yang disediakan di bawah. Sila berikan masa selama 30 hari untuk penamatan auto debit, kad debit atau pengaturan kad kredit untuk berkuat kuasa. Maklumat hubungan kami adalah seperti di bawah:

UNICEF Malaysia  
United Nations Children’s Fund,
Menara PJH, Level 10, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2,
62100, Putrajaya, Malaysia.

Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Fax: +603 2093 0582
Email: donorcare@unicef.my

Adakah terdapat cara lain untuk mendaftar dan menderma kepada program derma bulanan UNICEF?

Ya, anda boleh memuat turun borang dari halaman derma di laman sesawang kami dan menyerahkannya melalui pos/faks atau ke alamat di bawah. Sila alamatkan semua cek kepada UNICEF. Anda juga boleh mendaftar sebagai penderma bulanan UNICEF melalui 'Face-to-Face Fundraising Programme'.

Maklumat hubungan kami adalah seperti di bawah:

UNICEF Malaysia
United Nations Children’s Fund,
Menara PJH, Level 10, No. 2,
Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2,
62100, Putrajaya, Malaysia.

Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Fax: +603 2093 0582
Email: donorcare@unicef.my

Bagaimanakan caranya unutk saya mengubah alamat dan juga maklumat perbankan?

Sila maklumkan kami secepat mungkin sekiranya anda berpindah ataupun jika maklumat perbankan anda berubah. Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan e-mel apabila cuba untuk memaklumkan kami mengenai perkara ini. Sila hubungi Hotline Penderma UNICEF Malaysia di talian 1300 300 010.

Apakah terdapat cara lain untuk saya menderma kepada UNICEF?

Terdapat beberapa cara untuk anda melakukan sumbangan kepada UNICEF. Salah satunya adalah dengan memberi inspirasi kepada rakan sekeliling anda untuk menyumbang supaya kanak-kanak akan mendapat masa depan yang lebih baik. Maklumkan kepada ahli keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, rakan sekerja dan juga sesiapa sahaja yang anda kenali untuk menderma kepada UNICEF melalui platform SimplyGiving. Muat turun panduan pengumpulan dana di sini.

Selain itu, anda boleh menderma melalui 'Tribute Gift' untuk menghargai diri anda atau seseorang yang istimewa dengan meraikan acara khas eperti hari lahir, graduasi, ulang tahun perkahwinan, promosi pekerjaan, persaraan, bayi yang baru lahir dan banyak lagi.

Anda juga boleh memilih untuk menyokong usaha UNICEF dalam membina dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak dengan meninggalkan hadiah dalam wasiat anda. Pemberian 'Legacy Giving' anda boleh membantu mengubah kehidupan ramai kanak-kanak pada hari ini dan esok.

What is the importance of my donation to UNICEF?

By making a donation to UNICEF, you really are making a difference to children's lives. 

With your donation, you are working together with UNICEF for the survival, protection and development of children in Malaysia and more than 190 countries all around the world. As an established international organization, UNICEF has good systems and are able to fully utilise your donation to really help a child in need, not only in Malaysia but other countries around the world where it is harder to reach.  We ensure more of the world's children are vaccinated, educated and protected than any other organisation. 

We get things done. And we're not going to stop until the world is a safe place for all our children.

Is UNICEF a charitable organization in Malaysia? What is UNICEF doing?

No, UNICEF’s work is funded entirely through the voluntary contributions and support of public and our partners in government, civil society and the private sector. 

A core area of UNICEF work is on humanitarian action, where UNICEF is spending vast amount of resources to ensure that children in emergency contexts have an opportunity to survive and thrive.

As part of its Humanitarian Action for Children 2022 appeal, UNICEF plans to reach:

- 7.2 million children with treatment for severe acute malnutrition;
- 62.1 million children with measles vaccinations;
- 53.4 million people with access to safe water for drinking and domestic needs;
- 27.9 million children and caregivers with access to mental health and psychosocial support;
- 21.3 million children and women with access to gender-based violence risk mitigation, prevention or response interventions;
- 51.9 million people with safe and accessible channels to report sexual exploitation and abuse by aid workers;
- 77.1 million children with formal or non-formal education, including early learning; and
- 23.6 million households with cash assistance.

Hubungi kami

Hubungi kami

United Nations Children’s Fund Menara PJH, Level 10, No. 2,

Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2, 62100, Putrajaya, Malaysia

Donate
Complete your gift
to make a difference
I’m ready
Not today
AGENT CCBot/2.0 (https://commoncrawl.org/faq/) => IS LIGHTHOUSE: FALSE