Help UNICEF to Save Lives | UNICEF Malaysia

UNICEF - United Nations Children’s Fund

Children studying in a classroom. Donate to ensure every child gets an education.

Sokong Usaha UNICEF
untuk setiap kanak-kanak

Sokong Usaha UNICEF
untuk setiap kanak-kanak

Sila pilih jenis sumbangan anda

 

Menyediakan 3 kelambu serangga tahan lama, melindungi keluarga dari malaria yang membunuh seorang kanak-kanak setiap 30 saat di seluruh dunia.

RM70/ bulan

Menyediakan 148 sachet makanan terapeutik yang siap dimakan. 3 sachet sehari adalah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak dalam keadaan kecemasan.

120 / bulan

Menyediakan 384 dos vaksin untuk mengimunisasi kanak-kanak terhadap polio setiap bulan.

RM160 / bulan

Pembiayaan yang berterusan sangat penting untuk pekerjaan anak-anak kita. SETIAP RINGGIT BERMANFAAT.

Pembiayaan yang berterusan sangat penting untuk pekerjaan anak-anak kita. SETIAP RINGGIT BERMANFAAT.
Derma sekarang
Sebagai alternatif, anda boleh

muat turun borang ini dan hantarkan ke alamat/nombor faks yang tertera di bawah. Sila pastikan semua cek dibayar kepada “UNITED NATIONS CHILDREN'S FUND".

Muat turun borang

Menyediakan 360 sachet garam rehidrasi oral yang membantu anak-anak memerangi dehidrasi dan cirit-birit.

oral rehydration salts

Menyediakan tablet pembersih air yang mencukupi untuk merawat 75,000 liter air untuk kanak-kanak dan masyarakat tanpa akses kepada air bersih.

water purification tablets

Menyediakan 836 dos vaksin campak, melindungi kanak-kanak dari penyakit mematikan ini.

measles vaccine

Pembiayaan yang berterusan sangat penting untuk pekerjaan anak-anak kita. SETIAP RINGGIT BERMANFAAT.

Pembiayaan yang berterusan sangat penting untuk pekerjaan anak-anak kita. SETIAP RINGGIT BERMANFAAT.
Derma sekarang
Sebagai alternatif, anda boleh

muat turun borang ini dan hantarkan ke alamat/nombor faks yang tertera di bawah. Sila pastikan semua cek dibayar kepada “UNITED NATIONS CHILDREN'S FUND".

Muat turun borang
Anda boleh buat perubahan

Anda boleh buat perubahan

UNICEF bekerja di tempat yang paling sukar di dunia untuk memastikan kanak-kanak dan remaja yang dalam kekurangan dapat dibantu - dan juga untuk melindungi hak setiap kanak-kanak, tidak kira di mana mereka berada. Di lebih dari 190 negara dan wilayah, kami melakukan apa sahaja untuk membantu kanak-kanak bertahan, berkembang maju dan memenuhi potensi mereka, dari usia awal kanak-kanak sehingga remaja.

Sebagai penyedia vaksin terbesar di dunia, kami menyokong kesihatan dan pemakanan kanak-kanak, air dan sanitasi yang selamat, pendidikan dan pembangunan kemahiran yang berkualiti, pencegahan dan rawatan HIV untuk ibu dan bayi, dan perlindungan kanak-kanak dan remaja dari keganasan dan eksploitasi.

Sebelum, semasa dan selepas keadaan darurat kemanusiaan, UNICEF berada di lapangan untuk menyalurkan pertolongan dan harapan serta menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan keluarga. Kami tidak berpolitik dan tidak berat sebelah, tidak pernah bersikap berkecuali dalam hal mempertahankan hak kanak-kanak dan melindungi kehidupan dan masa depan mereka.

Dan kami tidak pernah berputus asa.

Marilah menyumbang dalam membantu usaha kami unutk setiap kanak-kanak. Bersama-sama kita belajar melalui pencapaian lampau kita dan juga membayanagkan masa hadapan yang lebih baik untuk setiap kanak-kanak.

*Sumbangan sebanyak RM50 ke atas dikecualikan cukai di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kami berhasrat untuk menjaga keselamatan anak-anak. Kami melakukan ini setiap hari, di mana sahaja, dalam pelbagai keadaan, untuk setiap kanak-kanak di luar sana. Menjaga keselamatan adalah keutamaan kami.

Menjaga mereka hidup dan sihat adalah kebahagiaan kita.

Tahukah anda?

  • Kira-kira 16,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mati setiap hari.
  • Setiap tahun dianggarkan 1.5 juta kanak-kanak masih mati akibat penyakit yang dapat dicegah melalui vaksinasi.
  • Lebih daripada 121 juta kanak-kanak yang cukup usia untuk pergi ke sekolah rendah dan menengah rendah tidak bersekolah di seluruh dunia, dan dianggarkan 250 juta kanak-kanak gagal untuk belajar disebabkan oleh kekurangan akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Soalan Lazim

Mengapa saya perlu menderma kepada UNICEF dan bagaimanakah sumbangan saya digunakan?

Sumbangan dan sokongan anda kepada UNICEF adalah sangat penting untuk membantu menyokong kanak-kanak di Malaysia dan juga di peringkat global.

UNICEF bekerja di lebih 190 negara dan wilayah untuk mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak. Apabila anda menderma kepada UNICEF, anda menyumbang kepada kesejahteraan mereka melalui program yang membantu kanak-kanak supaya mereka dapat bertahan dan melangkah ke alam dewasa, menyediakan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan. UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia. Oleh kerana UNICEF tidak dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami bergantung sepenuhnya terhadap sumbangan tetap supaya kami terus dapat membuat perubahan positif untuk kanak-kanak di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Dengan bantuan anda, kita boleh bersama-sama dalam memperbaiki kehidupan mereka yang memerlukan.

Apabila saya menderma kepada UNICEF, adakah ia layak untuk potongan cukai di Malaysia?

Ya, apabila anda menderma kepada UNICEF, anda akan mendapat manfaat pengecualian cukai untuk jumlah derma RM50 dan ke atas, mengikut seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Malaysia.

Bagaimanakah caranya untuk saya menderma kepada UNICEF Malaysia setiap bulan?

Terdapat 3 kaedah yang boleh anda pilih untuk menderma: Melalui kad kredit, kad debit atau melalui auto-debit dari akaun Maybank (MBB).

(Nota: Kaedah derma melalui cek HANYA diterima apabila penderma lebih suka untuk TIDAK menderma melalui kad kredit atau akaun bank MBB mereka)

Bagaimanakah cara sumbangan akan ditolak setiap bulan apabila saya menderma kepada UNICEF Malaysia?

Selepas and melakukan sumbangan yang pertama kepada UNICEF, sumbangan berikutnya akan dicaj secara automatik ke kad kredit anda atau ditolak setiap bulan dari akaun bank anda. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mendermakan jumlah bulanan sebanyak RM100 pada bulan ini, sumbangan anda yang seterusnya sebanyak RM100 akan dicaj secara automatik ke akaun anda dalam masa satu bulan dari tarikh hari ini, dan untuk setiap bulan seterusnya.

Mengapakah program ini mempunyai skim derma bulanan?

Sumbangan bulanan kepada UNICEF dapat menyediakan sumber pendapatan yang stabil. Memandangkan program di dalam negara kami berlaku dalam jangka masa panjang, setiap bulan anda menderma membolehkan kami unutuk memberi tumpuan kepada pengajaran, memberi galakan dan latihan kepada komuniti setempat supaya dapat melahirkan tenaga mahir tempatan supaya dapat membantu kanak-kanak setempat. Ia juga membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada matlamat jangka panjang yang strategik dalam menyediakan penyelesaian secara kekal terhadap kesukaran berterusan yang dihadapi oleh seluruh kanak-kanak di dunia.

Oleh kerana sumbangan bulanan kepada UNICEF Malaysia diproses secara automatik, ini membantu kami dalam mengurangkan kos pentadbiran— yang membolehkan kami membelanjakan lebih banyak wang untuk program melibatkan kanak-kanak.

Bolehkah saya membuat sumbangan sebanyak satu kali sahaja kepada UNICEF Malaysia?

Ya, anda boleh memilih untuk menderma hanya sekali dan apa sahaja jumlah dermaan sangat dihargai. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan derma bulanan kerana ia membolehkan kami untuk lebih efektif dalam merancang kerja kami yang akan datang demi kanak-kanak; ini kerana kami mengetahui bahawa terdapat dana yang mencukupi untuk melabur dalam penyelesaian jangka panjang dan memberi kesan positif kepada kanak-kanak.

Apakah yang dilakukan dengan kutipan sumbangan yang dilakukan oleh UNICEF?

Sebagai pelayan untuk kanak-kanak yang paling terdedah di dunia, kami percaya bahawasanya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menggunakan setiap Ringgit yang diterima daripada penderma kami dengan bijak. Setiap sumbangan anda kepada UNICEF digunakan secara langsung terhadap misi organisasi kami, ia termasuk termasuk perkhidmatan program dan juga melibatkan orang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Tahunan UNICEF Malaysia 2019.

Bagaimanakah UNICEF Malaysia dibiayai dan berapakah jumlah sumbangan UNICEF yang disalurkan kepada kanak-kanak?

Walaupun wujud sebagai entiti di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNICEF tidak menerima sebarang bentuk pembiayaan daripada PBB. Kesemua pembiayaan yang diterima UNICEF datang daripada sumbangan sukarela pihak kerajaan, individu swasta dan perniagaan dari seluruh dunia, serta yayasan dan orang awam.

Bagi setiap RM1 yang anda derma kepada UNICEF, kira-kira 80 sen digunakani untuk membantu menyelamatkan dan mengubah kehidupan kanak-kanak. Kami membelanjakan kira-kira 20 sen untuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan pelaburan semula.

Sumbangan anda membantu kami menyokong penyediaan ubat-ubatan penting, pemakanan, vaksin, pendidikan,serta bekalan kesihatan dan kecemasan unutuk membantu kanak-kanak di Malaysia dan juga seluruh dunia supaya mereka dapat melangkah ke alam dewasa. UNICEF juga menggunakan pengaruh globalnya untuk menyokong keperluan jangka panjang kanak-kanak dan wanita di seluruh dunia.

Berapa lamakah saya harus komited untuk menderma?

Apabila anda menderma kepada UNICEF Malaysia, and mempunyai kawalan penuh terhadap jumlah sumbangan anda. Pada bila-bila masa, anda boleh menukar jumlah sumbangan anda. UNICEF Malaysia menggalakkan anda untuk menyumbang selagi anda boleh, ini kerana dengan cara ini anda mampu untuk mengubah kehidupan kanak-kanak.

Apa yang saya akan dapat sebagai balasan apabila saya menderma?

Anda akan sentiasa menerima maklumat terkini tentang bagaimana derma anda kepada UNICEF dibelanjakan dalam membantu kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia. Anda juga boleh menyertai aktiviti dan acara eksklusif khas unutk penderma yang dianjurkan oleh UNICEF Malaysia.

Jika anda adalah seorang penderma bulanan UNICEF, anda juga layak mendapatkan pengecualian cukai terhadap derma anda kepada UNICEF dan boleh menjangka untuk menerimanya pada suku pertama setiap tahun.

Bagi penderma satu kali, anda akan menerima resit derma daripada UNICEF untuk setiap sumbangan yang anda lakukan. Bagi setiap derma yang berjumlan RM50 dan ke atas, ia juga dikecualikan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Adakah maklumat kad kredit dan akaun bank saya akan kekal sulit?

UNICEF Malaysia mematuhi dasar yang ketat mengenai privasi penderma. Maklumat peribadi anda akan diuruskan dengan penuh kerahsiaan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Anda boleh menghubungi pasukan Donor Services di 1300 30 0010 (9:00 pagi - 5:30 petang) atau e-mel donorcare@unicef.my untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah caranya untuk saya membuat perubahan kepada jumlah derma bulanan saya kepada UNICEF?

Setiap Ringgit adalah amat bermakna buat kami dalam melaksanakan usaha penting yang kami lakukan buat semua kanak-kanak dan kami berharap anda akan terus menyokong kami. Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu menghentikan sumbangan anda kepada UNICEF, anda boleh menghubungi kami melalui butiran yang disediakan di bawah. Sila berikan masa selama 30 hari untuk penamatan auto debit, kad debit atau pengaturan kad kredit untuk berkuat kuasa. Maklumat hubungan kami adalah seperti di bawah:

Alamat: UNICEF Malaysia United Nations Children’s Fund, Menara PJH, Level 10, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Putrajaya, Malaysia
Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Faks: +603 2093 0582
E-mel: donorcare@unicef.my

Adakah terdapat cara lain untuk mendaftar dan menderma kepada program derma bulanan UNICEF?

Ya, anda boleh memuat turun borang dari halaman derma di laman sesawang kami dan menyerahkannya melalui pos/faks atau ke alamat di bawah. Sila alamatkan semua cek kepada UNICEF. Anda juga boleh mendaftar sebagai penderma bulanan UNICEF melalui 'Face-to-Face Fundraising Programme'.

Alamat untuk dihubungi: Alamat: UNICEF Malaysia United Nations Children’s Fund, Menara PJH, Level 10, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Putrajaya, Malaysia
Donor Services Hotline: 1300 300 010 (Isnin - Jumaat; 9:00 pagi - 5:30 petang)
Faks: +603 2093 0582
E-mel: donorcare@unicef.my

Bagaimanakah caranya untuk saya mengubah alamat dan juga maklumat perbankan?

Sila maklumkan kami secepat mungkin sekiranya anda berpindah ataupun jika maklumat perbankan anda berubah. Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan e-mel apabila cuba untuk memaklumkan kami mengenai perkara ini. Sila hubungi Hotline Penderma UNICEF Malaysia di talian 1300 300 010.

Apakah terdapat cara lain untuk saya menderma kepada UNICEF?

Terdapat beberapa cara untuk anda melakukan sumbangan kepada UNICEF. Salah satunya adalah dengan memberi inspirasi kepada rakan sekeliling anda untuk menyumbang supaya kanak-kanak akan mendapat masa depan yang lebih baik. Maklumkan kepada ahli keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, rakan sekerja dan juga sesiapa sahaja yang anda kenali untuk menderma kepada UNICEF melalui platform SimplyGiving. Muat turun panduan pengumpulan dana di sini.

Selain itu, anda boleh menderma melalui 'Tribute Gift' untuk menghargai diri anda atau seseorang yang istimewa dengan meraikan acara khas eperti hari lahir, graduasi, ulang tahun perkahwinan, promosi pekerjaan, persaraan, bayi yang baru lahir dan banyak lagi.

Anda juga boleh memilih untuk menyokong usaha UNICEF dalam membina dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak dengan meninggalkan hadiah dalam wasiat anda. Pemberian 'Legacy Giving' anda boleh membantu mengubah kehidupan ramai kanak-kanak pada hari ini dan esok.

Hubungi kami

Hubungi kami

United Nations Children’s Fund Menara PJH, Level 10, No. 2,

Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2, 62100, Putrajaya, Malaysia