BERSAMA-SAMA, KITA MENINGGALKAN
WARISAN YANG KEKAL UNTUK MASA
DEPAN KANAK-KANAK
WARISAN YANG KEKAL UNTUK MASA
DEPAN KANAK-KANAK
Kami di UNICEF percaya bahawa setiap kanak-kanak mampu untuk mengubah dunia. Pemberian hadiah berbentuk wasiat memastikan dana yang stabil bagi membantu kanak-kanak untuk terus hidup dan berkembang maju.
Pemberian hadiah berbentuk wasiat dengan menamakan UNICEF sebagai waris adalah salah satu cara anda boleh bergabung dengan UNICEF untuk mempertingkatkan kehidupan dan membantu membina dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak.
Mengapa UNICEF?
UNICEF telah banyak berusaha untuk mempengaruhi undang-undang, dasar dan adat untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak di dunia menerima makanan, vaksin, pendidikan dan perlindungan. Kita tidak akan berhenti sehingga dunia menjadi tempat yang selamat untuk setiap anak.
Usaha UNICEF dalam membantu kanak- kanak di seluruh dunia pada tahun 2019
bantuan kemanusiaan disediakan
在96个国家/地区
Mengapa meninggalkan hadiah warisan itu penting?
- Dengan menamakan United Nations Children's Fund Malaysia (UNICEF) United Nations Children’s Fund Malaysia (UNICEF) sebagai penerima wasiat, anda boleh memastikan dana yang stabil dan berterusan untuk masa depan kanak-kanak.
- Dengan meninggalkan hadiah warisan, anda dapat menyokong kanak-kanak yang rentan dalam pelbagai bidang tumpuan berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak:
Merancang untuk meninggalkan hadiah warisan?
Sila hubungi kami melalui e-mel untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai hadiah warisan.
For general enquiry,
you can email to
enquiry-mlya@unicef.org
Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh meninggalkan Hadiah Warisan
Muat Turun Sekarang
E-Brosur Legasi
E-Brosur Legasi
Ketahui Lebih Lanjut
Bagaimana peninggalan warisan anda dapat membantu kanak-kanak?
Dunia kita sentiasa berubah dan begitu juga dengan keperluan kanak-kanak. Kita mungkin tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan kanak-kanak tetapi kita semua dapat membantu menyokong mereka pada masa akan datang - tidak kira apa yang terjadi.
Di seluruh dunia, lebih dari 600 juta kanak-kanak mengalami krisis pendidikan di mana mereka tidak berpeluang menerima pendidikan kemahiran asas. Tontonilah video ini untuk melihat apa yang UNICEF lakukan untuk mengubah keadaan kanak- kanak. Hadiah warisan anda membantu untuk menangani krisis pendidikan yang dihadapi oleh kanak-kanak pada masa sekarang dan juga masa depan mereka.
Sokongan anda bisa membawa perubahan!
Kini sumbangan ikhlas berbentuk hadiah wasiat dari penderma-penderma UNICEF telah berjaya mengubah dan meningkatkan kehidupan kanak-kanak di Malaysia dan di seluruh dunia. Hadiah wasiat adalah pemberian secara sukarela dan mengikut kemampuan tanpa pewasiat perlu menyerahkan segala harta kepunyaannya. Kami berharap anda akan mempertimbangkan pemberian hadiah wasiat untuk membantu setiap kanak-kanak.
Kisah Elizabeth
Kisah Pat
Kisah Anne
Merancang wasiat untuk diri sendiri?
Anda boleh menuliskan wasiat anda sendiri sekiranya anda mempunyai permintaan ringkas untuk mengagihkan harta dan aset kepada orang yang anda sayangi.
*Berikut adalah cara anda boleh melaksanakan wasiat:
Surat wasiat mesti ditulis dengan tangan atau dicetak. Wasiat hanya sah jika memenuhi peraturan berikut: -
 
- Pewasiat mestilah individu berumur 18 tahun ke atas dan sempurna akal.
- Sekiranya anda sedang sakit semasa menandatangani surat wasiat, sila dapatkan nasihat doktor anda untuk mengesahkan bahawa anda mempunyai akal yang sihat semasa menandatangani wasiat tersebut.
- Surat wasiat harus ditandatangani oleh dua orang saksi berumur 18 tahun ke atas, dan bukan penerima wasiat tersebut. Saksi-saksi harus hadir semasa anda menandatangani surat wasiat, tetapi mereka tidak perlu melihat isi surat wasiat anda.
Beberapa peringatan penting semasa menulis surat wasiat anda:
- Pastikan surat wasiat ditandatangani, bertarikh dan mempunyai dua saksi.
- Periksa ejaan, terutamanya untuk nama.
- Bersikap jujur dan spesifik.
- Hapuskan surat wasiat yang lebih awal.
- Maklumkan kepada wasi /pentadbir tempat anda menyimpan surat wasiat.
- Gunakan templat surat wasiat yang mempunyai bahagian piawaian dan merangkumi syarat undang-undang.
*NOTA:
Artikel ini diterbitkan di portal dalam talian Free Malaysia Today.
Tertakluk kepada warga yang bukan beragama Islam di Malaysia dan bukan warga Sabah dan Sarawak yang boleh merujuk kepada kandungan dalam artikel ini.
Perlukan bantuan professional?
* Anda disyorkan untuk mencari perkhidmatan penulisan surat wasiat yang profesional atau perancang harta apabila:
- Anda mempunyai harta dan aset yang besar atau rumit yang merangkumi:
- pelbagai harta dan/atau hartanah di negara lain
- pelaburan luar negara dan/atau akaun bank.
- struktur perniagaan yang kompleks.
- Anda menyerahkan perniagaan kepada seseorang kerana surat wasiat yang ditulis sendiri tidak komprehensif untuk tujuan ini.
- Individu selain ahli keluarga terdekat anda bergantung pada anda dari segi kewangan.
- Anda mempunyai niat khusus untuk waris yang mungkin disalah faham. Bahasa dan ayat yang digunakan dalam surat wasiat mesti tepat untuk menggelakkan salah faham.
*NOTA:
Artikel ini diterbitkan di portal dalam talian Free Malaysia Today.
Tertakluk kepada warga yang bukan beragama Islam di Malaysia dan bukan warga Sabah dan Sarawak yang boleh merujuk kepada kandungan dalam artikel ini.
Selain daripada pentadbir surat wasiat anda, peguam, unit amanah dan syarikat insurans, berikut adalah beberapa organisasi yang dapat memberitahu anda dengan lebih lanjut tentang cara penulisan surat wasiat:
- Notary Public Malaysia
- Amanah Raya Berhad
- MyPF
- Maybank2U (penulisan surat wasiat dalam talian)